N.C.K86

183 10 0
                                    

Umairah menelefon mamanya. Dia tahu mamanya sedang diulit mimpi kerana kedudukan mereka jauh.

Ya Umairah? Ada apa telefon mama malam-malam begini? -Puan Sri Anggun.

Ma... Hayus masuk hospital. -umairah

Ya Allah! Kenapa? -Puan Sri Anggun.

Dia kena tahan wad sebab conditions baby. Umai kena teman dia. Anak sulung , jadi doktor minta cara normal. -Umairah

Dah berapa cm buka? Air mentuban dah pecah ke? -Puan Sri Anggun

Dah... doktor cakap baru buka 6 cm ada kemungkinan boleh lahir cara normal -Umairah

Jaga Hayus elok-elok. Nanti mama bagitahu Ezzat. -Puan Sri Anggun

Ma... jangan. Okeylah mama, Umai kena pergi dulu. -umairah

Klik!
Panggilan dimatikan

Umairah masuk semula ke dalam labor room. Hatinya pula berdebar untuk melihat anak yang bakal lahir. Tiba-tiba, hatinya berasa sedih. Kalaulah Ezzat berada disamping Hayus sekarang. Memberi kata-kata semangat buat isterinya. Mesti inilah saat bahagia buat Hayus dan Ezzat. Umairah mengelap air matanya lalu mengenggam tangan Hayus untuk memberi semangat.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now