N.C.K104

214 7 0
                                    

Tergiang-giang didalam fikiran Umairah. Hatinya berbunga sehingga Puan Sri Anggun berasa pelik melihat anak sulungnya itu tersenyum saja. Terdetik dihatinya mahu menegur anaknya itu.

"Mama. Azri nak keluar kejap."

Azri meminta izin mahu keluar hendak berjumpa dengan rakan-rakannya di taman permainan.

"Jangan balik lewat pula!"

Umairah leka melayan perasaannya sehingga adiknya mahu keluar berlepak dengan rakannya itu dia langsung tidak perasan. Jika dulu, adiknya mahu berjumpa dengan rakannya Umairah sanggup menemani adiknya walaupun didepan rumah saja.

Semenjak..
Dua menjak ini, Umairah banyak diam dan tersenyum berseorangan seperti dia mengidap penyakit angau pula.

Puan Sri Anggun mencuit bahu anaknya. Tiada reaksi pada awalnya. Dia pula berasa pelik. Sekali lagi dia mencuit bahu anaknya itu.

"Ya Faiz?"

Puan Sri Anggun mengerutkan dahinya. Faiz mana pulalah Umairah menyebut ni?

"Ni mamalah."

Umairah cuak. Dia terus menegakkan badannya lalu cuba mengawal perasaan malunya itu. Dia sedar yang dia baru saja sebut nama Faiz.

"Siapa Faiz?"

Yeah, itulah soalan yang akan diberi oleh Puan Sri Anggun kepada anak sulungnya itu. Merah padam wajah Umairah apabila disoal siapa Faiz?

"Erkk.. F-Faiz tu..."

Tergagap-gagap Umairah hendak menjawab pertanyaan mamanya. Fien curi-curi dengar perbualan mama dan kakaknya itu. Bukan dia tidah tahu, Faiz itu kawan kepada kakaknya. Bukan sekadar kawan tetapi kawan tapi mesra.

"Siapa!"

Sengaja Puan Sri Anggun meninggikan suaranya. Dia tidak mahu berkasar dengan anaknya.

"Faiz bakal suami Umairah!"

Cepat-cepat dia menutup mulutnya itu. Habis kantoi semuanya.

"patutlah mama tengok Umai dah macam kena penyakit angau saja rupanya dah ada hajat besar. Bila nak masuk minangnya?"

Umairah menggarukan kepalanya. Inilah padahnya apabila sudah terlepas cakap.

"Hehe... tak tahu."

Fien mengetap giginya. Dia naik ke tingkat atas semula.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now