N.C.K83

189 10 0
                                    

"Kalau kakak cakap ni... Hayus jangan marah pula,boleh janji dengan kakak?"

Hayus anggukkan kepalanya. Umairah cuba bertenang lalu memulakan perbualanya.

"Ya Allah, betul ke ni kakak?"

"Betul... Azri dah telefon kakak malam semalam. He said Ezzat dah sedar. Busuk cari Hayus sekarang ni. "

Lantas Hayus menggelengkan kepalanya. Dia tidak percaya Ezzat sudah kembali sembuh dan kembali semula untuk ingatannya. Dia tidak percaya dengan semuanya.

"Ma... mana Hayus?"

Sudah masuk seminggu Hayus tidak muncul didepannya. Dia sendiri tertanya-tanya adakah isterinya masih merajuk dengannya kerana tidak tunaikan janjinya masakan asam pedas dari Melaka.

"Ezzat... semasa Ezzat mengidap penyakit amnesia tu. Ezzat halau Hayus keluar daripada rumah kita. "

Ezzat maraup mukanya. Dugaan baginya. Takkanlah isterinya merajuk sampai begitu sekali?

"Ezzat ingat tak yang Ezzat halau? "

Ezzat menggelengkan kepalanya. Dia perlu mencari isterinya. Dia hendak bangun tetapi dihalang.

"Ezzat... Ezzat masih dalam hospital lagi ni. Nanti lah ya kita pergi cari Hayus."

Ezzat akur jua. Dia berkeras hati sebenarnya kalau ikutkan hatinya, dia mahu segera mencari dimana isterinya sekarang.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now