N.C.K82

160 10 0
                                    

Umairah masih dalam keadaan terkejut dengan berita tersebut. Kalau ikutkan memang dia mahu pulang ke Malaysia sekarang ini juga tetapi dihalang oleh Puan Sri Anggun kerana Ezzat dalam keadaan stabil sekarang.

Hayus musykil melihat kakak iparnya merenung ke luar tingkap.

"Kakak kenapa ni ? Hayus tengok kakak pucat je."

"T-ta-tak ada apa-apa."

Tergagap-gagap Umairah hendak berkata-kata. Dia rasa bersalah hendak memberitahu perihal tersebut. Dia takut Hayus terkena heart attack atau benda lain ke? Jadi dia mengambil keputusan mahu berdiam diri saja.

"Kakak ni macam ada masalah aje. Cerita ajelah dekat Hayus. Manalah tahu Hayus boleh bantu kakak?"

Umairah cuba sedaya upaya mengawal perasaanya. Dia cover setiap saat supaya Hayus tidak terperasan dengan muka pucatbya itu. Sudahlah berita yang Azri sampaikan masa pukul 9.00 malam.

Ezzat memberi tanda-tanda positif. Dia sudah sedar dari komanya selama dua hari. Keadaanya tidak kritikal.

Ezzat membuka matanya perlahan-lahan. Puan Sri Anggun ketika itu sedang tidur di atas bahunya. Jadi, Ezzat susah hendak mengerakkan badannya.

Azri ketika itu sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya melayan chatting bersama rakan-rakannya.

"Bam bam..."

Azri tersentak apabila panggilan manjanya dipanggil oleh abang tersayangnya. Azri pantas berlari ke arah abangnya.

"Busuk dah ingat! Mama! Mama! Busuk dah ingat."

Puan Sri Anggun tersedar apabila terdengar suara anak bongsunya menjerit memangilnya.

"Anak mama dah sedar. Syukur Alhamdulillah."

Puan Sri Anggun memeluk anaknya. Ezzat membalas pelukan mamanya. Azri pun turut serta.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now