N.C.K114

278 9 2
                                    

Ayu Farhana cukup mantap lakonannya sepanjang Tuan Arman berada dia menjaga anak perempuannya itu. Pelbagai kerenah yang Suraya tonjolkan didepan ayahnya itu. Ada saja dia mahukan sesuatu daripada ayahnya. Ayu naik meluat melihat drama diantara anak dan bapa.

Suraya sudah dibenarkan pulang kerumah. Tuan Arman siap kasi arahan kepada isteri mudanya itu supaya jangan beri Suraya kerja yang berat.

"Abang, Elly nangis ke?"

"Tak... Hazrien yang nangis."

Ezzat cuba memujuk anaknya itu. Entah kenapa, anaknya itu asyik meragam sahaja.

"Aik, asal asyik nangis je ni? Sakit perut ke?"

Hayus meletakkan telapak tangannya itu di atas dahi anak lelakinya itu.

"Dia demamlah abang. Patutlah dia asyik nangis je. Ke nak tumbuh gigi ni?"

Hayus pula yang meneka. Firasat seorang ibu semestinya betul. Gusi Hazrien gatal-gatal kerana giginya tidak lama lagi akan tumbuh.

"Wah, anak baba dah besar! "

Makin kuat pelukan Ezzat kepada anak lelakinya itu.

Fien mencapai gangang telefon yang tergantung didinding sebelah kanan. Sayu saja riak wajah Fien. Hatinya hancur. Dia terpaksa ditahan masuk ke dalam lokap atas perbuatannya itu.

"Papa..."

Bengis riak wajah Tuan Sri Hazziq. Dia tidak pernah mendidik anak perempuannya itu menjadi seorang pembunuh. Tidak sangka anaknya itu berkelakuan kejam terhadap isteri Ezzat.

"Papa tak nak dengar penjelasan daripada Fien. Kamu rupanya yang telah bunuh Ainun dan sekarang kamu mahu bunuh Hayus pula. Manusia jenis apa kamu ni? Kamu ni waras ke tidal? Tahu hukum halal atau haram tak? Kalau macam inilah perangai kamu, papa tak mengaku kamu ini anak papa sendiri."

Cukup pedas kata-kata ayahnya sendiri. Fien mampu menangis sahaja. Dia sendiri tahu yang dirinya banyak dipenuhi dengan dosa.

"Papa... "

"Stop! I have to go."

Tuan Sri Hazziq berlalu pergi meninggalkan Fien dalam keadaan yang sedih. Fien dibelenggu dengan perasaan bersalah. kalaulah dunia ini boleh memutarkan masa kembali sudah pasti benda ini semua tidak terjadi.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now