N.C.K111

183 6 0
                                    

Entah kenapa Hayus jadi trauma melihat suaminya tiba-tiba jadi seorang yang panas baran. Menjerit tidak tentu arah. Hayus mengelap air matanya.

"Yus... dahlah bukannya salah Hayus. Busuk pun dah cool down."

Umairah memahami situasi Hayus. Semestinya, adik iparnya itu mengalami trauma. Tapi, Ezzat tidak memarahinya malah Ezzat benci akan kakaknya itu kerana melakukan kejahatan.

"Hayus takut..."

Umairah mengusap belakang Hayus perlahan.

"Tak perlu takutlah. Busuk jarang marah-marah orang. Kerana hari ini merupakan hari dimana Ainun meninggal. Kakak faham perasaan semua orang. Kami tak nak sejarah berulang kembali."

Ezzat mundar-mundir dihadapan balai polis. Dia geram dengan tindakan kakaknya itu. Sanggup kakaknya itu mahu membunuh isterinya. Dia tidak mahu kehilangan orang yang tersayang lagi.

"Ezzat... take a rest."

Tuan Sri Hazziq menegur anak lelakinya itu.

"Tak sangkakan? Kakak Fien sanggup nak bunuh isteri Ezzat pula.!"

"Calm down ok. Sekarang ni kakak Fien dah masuk lokap. Pihak polis semua suruh kita balik dulu. Ezzat balik, mandi lepastu solat. Then, tidur."

Ezzat menganggukan kepalanya. Dia perlu berehat. Sepatutnya mereka menyambut kakak sulungnya itu majlis pembukaan hadiah tetapi dihalang kerana suraya dihantar ke hospital kemudian ada pula kejadian hampir membunuh isterinya.

"Hidup ni tak pernah aman... "

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now