N.C.K50

190 13 0
                                    

Hayus berlari anak menuju ke ruang tandas. Pagi itu, tekaknya tiba-tiba terasa loya yang teramat. Keluar semua isi perut di dalam perutnya..

Badannya berasa letih dan lesu. Dia berjalan tetapi, pandangannya semakin kabur. Dan semakim gelap. Akhirnya dia terjatuh dan terus pengsan.

Ezzat yang sedang tidur tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang jatuh. Dia meraba di ruang isterinya tidur. Tiada!

Matanya yang dari terlelap terus jadi segar-bugar. Dia lantas menuju ke ruang tandas tetapi...

"Sayang, kenapa tidur dekat sini?"

Diam.
Ezzat sudah menggarukan kepalanya.

"Sayang...."

Ezzat mendekatkan dirinya dengan isterinya yang sedang terbaring di atas lantai.

"Sayang..."

Ezzat berasa cuak. Ezzat terus meletakkan tangannya di atas dahi isterinya. Panas...

Ezzat dukung isterinya lalu meletakkan Hayus di atas katil. Dengan pantas, dia mencapai kain tuala kecil kemudian dibasahkan lalu meletakkan di atas dahi isterinya.

Cuak rasanya jika isterinya kena demam panas. Terlalu panas rasanya.

Ezzat menjaga isterinya lalj dia pun tertidur sekali kerana terlalu penat hendak berjaga malam.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now