N.C.K87

187 14 0
                                    

Lahirlah sudah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. di atas dunia ini.

Hayus agak keletihan kerana satu malam dia tidak dapat tidur kerana duenya. Baginya, itulah pengorbanan seorang ibu yang sanggup menerima risiko dan pelbagai dugaan sehingga anaknya lahir di atas muka bumi ini.

"Terima kasih kakak sebab sudi temankan Hayus."

"Laaa tak apalah. Lagipun Hayus dah macam adik kakak sendiri. Ni anak buah kakak. Tak perlu terima kasih kat kakak."

Hayus memeluk kakak iparnya. Saat itu dengan kedua belah keluarganya tiada disisinya. Hanya kakak iparnya saja yang setia berada disisinya. Hayus sangat bersyukur dapat kakak ipar yang baik. Ibu mertua yang sangat baik. Dia bersyukur sangat.

"Ezzat..."

"Ya ma?"

Ezzat melabuhkan punggungnya di atas sofa berdepan dengan Puan Sri Anggun.

"Anak Ezzat dah lahir."

Riak wajah Ezzat terkejut dan tak sangka dia sudah menjadi seorang ayah.

"Mama dapat berita ni daripada siapa?"

Puan Sri Anggun menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu memberitahu dimana isteri Ezzat berada ketika ini.

"Ma.. please. Kenapa seksa Ezzat sampai macam ni sekali?"

"Ezzat. Tunggulah dia balik sini. Dia pergi sana sekejap je."

Puan Sri Anggun berlalu pergi. Tidak sampai hati hendak menghancurkan hidup anaknya tetapi janji harus ditunaikan.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now