N.C.K63

166 9 0
                                    

Umairah duduk termenung sambil memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Pemikiran dia hanya Hayus dan Ezzat. Adakah mereka bercerai? Atau? Umairah memejamkan matanya. Dia berharap benda ini semua hanyalah khayalan di mindanya saja. Malangnya, ketika dia membuka matanya tiada perubahan.

Faiz duduk berhadapan dengan Umairah.

"Are you Okey?"

Umairah menggelengkan kepalanya. Dia risau apa yang akan terjadi pada masa depan adik dan adik iparnya itu.

"You can tell me anything. Saya setia mendengar."

"It's nothing. Just penat kerja sekarang ni. "

Dia mengaburkan pandangan setiap orang yang cuba mendekatinya. Seolah-olah dia sentiasa gembira saja. Padahal, dia menangung perasaan risau, sedih hanya Tuhan saja yang tahu.

"Nah, kita makan dulu."

Umairah senyum saja. Dia mengambil sudu dan garfu daripada Faiz.

"Suraya! I asked you where is Ainun Jariyah?"

Suraya merengus kasar. Dia campak kertas di atas meja.

"Ezzat please wake up. Dia tak nak dekat you. Remember that!"

Ezzat memegang kepalanya yang berdenyut menahan kesakitan. Dia mengerang kesakitan

"You ni menyusahkan I ajelah."

Suraya berlalu pergi meninggalkan Ezzat yang sedang menahan sakit. Ezzat mencapai ubat pil yang berada di atas rak bukunya.

"Umairah, kalau I cakap ni... you kena jujur tau."

Umairah mengerutkan dahinya. Faiz mengeluarkan sebentuk cincin berwarna silver.

"Sudikah awak jadi teman sehidup semati dengan saya? "

Umairah jadi tidak keruan. Perasaanya ketika itu bercampur baur. Nak terima ataupun tolak lamaran dia? Faiz sudah menunjukkan muka sucinya. Dia sanggup sehidup semati dengan orang yang tersayang.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now