N.C.K45

219 10 0
                                    

Siapa pula yang letak bunga di atas meja Hayus? Hayus mengerutkan dahinya.

"Sarah? Siapa yang bagi bunga ni? "

Sarah menggarukan kepalanya. Dia sendiri tidak berapa kenal lelaki tersebut.

"Tolong letakkan bunga ni di atas mejanya. "

"Tapi, mesti Cik Hayus tanya siapa pengirimnya... "

"Tak perlu kerana dia sendiri sudah kenal aku. "

Pemuda itu. Pakaiannya semuanya serba hitam. Dari atas hingga ke bawah.

"Saya tak tahulah yang bagi bunga tu. "

"Kamu tak tahu? Awak jangan main-main. Dia tu lelaki ke perempuan? "

Sarah menggarukan kepalanya lagi.

"Lelaki, Cik Hayus. "

"Kamu pasti ke yang kamu tak kenal muka dia ke? Kenapa awak tak tanya nama dia? "

Sarah sudah mati kutu. Dia sendiri tak tahu nak beritahu macam mana.

"Cik Hayus. Dia seorang lelaki dan pemakaian dia semuanya hitam, dari atas hinggalah ke bawah. Jadi saya sendiri tidak berapa pasti siapa lelaki itu. "

Hayus pula diam. Dia sedang memikir siapa lagi yang dia kenal. Setahunya, tiada lagi dah yang dia kenal. Shahrul? Takkanlah sebab dia sudah menetap di Singapore dengan bini dia. Siapa? Afizie? Mulut becok tu? Memang bukan test dia nak bagi bunga ni.

"Tak apalah, Sarah. Kamu boleh sambung kerja balik. "

"Baiklah, Cik Hayus. "

Sarah meninggalkan ruang pejabat kecil milik Hayus. Dia menuju ke dapur untuk menyiapkan beberapa tempahan yang perlu disiapkan.

Hayus melabuhkan punggungnya. Dia sibuk memikir siapakah lelaki itu?

Takkanlah abang? Abang sedang sibuk dengan photoshot dia. Pagi tadi pun dia juga yang naik sama dengan aku. Siapa eh lelaki tu?

Amir duduk melepak di sebuah kedai makan. Leka dia sedang makan makanan yang dia pesan, datang seorang perempuan yang pernah dia langar sebelum ini.

"Hey, of course you remember me isn't? "

Amir tergamam. Gila tak kenal? Gadis ni dahlah lawa , awet muda pula tu. Tergugat iman.

"Hello.. what are you looking for?"

Amir tersentak. "Erkk nothing. What are you doing here?"

"Looking for you. I heard Hayus is your sister, isn't? "

"Yeah, how did you know? "

"Hayus are staying in my house. And dia rampas hak I? "

"What do you mean? I don't understand what are you talking about? "

Suraya tersenyum sinis. Dia duduk disebelah Amir. Sengaja dia berbuat demikian. Amir diam dan terpaku apabila kelakuan Suraya begitu.

"Amir... actually I.. I like you. "

Suraya bab berlakon nombor satu dalam dunia. Boleh menang anugerah wanita terbaik.

"Really?"

Amir menyoal dengan penuh kegembiraan. Amir sudah masuk ke dalam perangkapnya. Mudah kerjanya untuk mengetahui Hayus Fateha.

"Yeah, I like since you langgar I hari tu. "

Kata-kata Suraya mudah mencairkan mana-mana perasaan lelaki. Petik jari saja, berduyun lelaki beratur mahukan dia.

Amir perlu diselamatkan sebelum Suraya meneruskan perancangannya.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now