N.C.K4

297 16 0
                                    

Umairah memakirkan keretanya betul-betul di hadapan kedai bakery itu.

"Baru lagi ke bakery ni buka? "

"Entah. Semalam Ezzat singgah beli roti and sebotol mineral. Sedaplah juga roti tu. "

"Boleh try rasalah ni. Busuk pergilah. Papehal, call kakak saja. Kakak akan on je telefon kakak ni. "

Ezzat ketawa kemudian dia keluar daripada perut kereta itu dan menuju ke studio tempat dia bekerja menjadi model sambilan.

Tepat pukul 10.00 pagi, Hayus bergegas ke kedai bakerynya.

OMG!! Dah lambat dah lambat!!!
Jika Hayus tidak ke bakerynya ... alamatnya bernanah terlinga dia kalau ibunya tahu dia ponteng. Abang Naqib pun satu cer bagilah aku rehat sekejap satu hati. Ish.

"Lambat Cik Hayus masuk. "

"Kakak ipar saya kena pi hospital. Biasalah orang nak beranak. Ada apa-apa ke, Sarah?"

"Tak ada apa-apa. Cik Hayus, tepung gandum tinggal dua kotak sahaja lagi. Cik Hayus boleh start order dah. "

"Okay okay. Nanti saya call pemborong tu. Lagi satu, kedai ni dah kemas ke belum? "

"Dah. Semua dah siap kemas. Roti je belum susun lagi. "

"Alright then, buat kerja mesti dengan pantas. "

Anissa dan Sarah menganggukkan saja kata-kata Hayus. Mestilah kena hormat nanti tak pasal-pasal gaji kena potong.

Hayus meninggalkan mereka yang sedang membuat tugas masing-masing. Hayus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil membelek-belek satu per satu tempahan yang perlu dihantar pada hari itu.

"Excuse me... excuse me..."

Waduh, siapa pula yang dok memekak kat kedai aku ni. Nak tenteram jiwa aku tahu tak. Sekeh juga kepala dia sat lagi.

"Ya, Encik. Boleh saya bantu? "

"Wah, bagus servisnya. Eh, takkan aku kau tak kenal. "

Eh mamat ni. Kau membelakangi aku. Macam mana aku nak kenal engkau. Aduh, kepala mamat ni senget ke apa ah?

"Kalau saya kenal, dah lama saya tak sombong, Encik. Cuba Encik pusingkan badan Encik tu. Manalah tahu saya kenal ke. "

Mamat itu dengan segera memusingkan badannya. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Afizie Putra! Apa kau buat dekat sini? Stalk aku eh? "

"Memandai kau je. Ni ah aku ada open cafe sendiri. Nu.. dekat sebelah kedai buku tu. Jangan lupa singgah-singgahlah ke kedai cafe aku"

"Kau buat bising kat kedai aku sebab cafe kau je. Memang tak aku nak pergi. "

"Choii, sahabat apa kau ni. Rajin-rajin kan sikit kaki kau tu berjalan ke cafe aku. "

Hayus buat-buat tidak dengar.

"Sampai hati kau. "

"Hek eleh, ayat pasrah. Tengoklah kalau aku rajin naaa... kalau aku tak rajin means aku busy. "

"Busy je manjang. "

"Haruslah... business woman mestilah busy ke kauuu. "

"Sedap bau kek. "

"Air tangan aku mestilah sedap. Gila tak sedap. "

"Haha... air tangan kau tak sedap. "

"Tak sedap?! Dah keluar daripada kedai aku. Entah-entah coffee kau pun tak sedap. "

"Amboi kasarnya bahasa. Siapalah nak dengan kau ni. "

"Ada je... "

Hayus bohong. Memang betul sikapnya kasar sedikit.

"Jangan nak menipulah. Dah aku nak pi tepek sticker dekat muka kau. "

"Buatlah... if you dare. "

Afizie tersenyum sinis.

"Okay, nanti aku datang bawak sticker besaq punya. "

"Okay."

Hayus dengan muka selambanya membantu sahabatnya itu membuka pintu kedainya.

"Dipersilakan... "

Afizie keluar daripada kedai tersebut. Malas hendak melayan mamat macam tu. Ish. Habis maruah aku tadi.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now