N.C.K64

169 10 0
                                    

Umairah memakirkan keretanya di laman rumahnya. Dia keluar daripada perut kereta dan terus berjalan masuk ke dalam rumah. Dia ternampak Azri sedang menangis.

"Bam bam... kenapa ni? "

"Busuk... busuk tak kenal Azri."

Umairah peluk Azri erat. Tak sangka Ezzat sanggup suruh adik kandungnya sendiri keluar daripada rumah tersebut.

"Kita doakan untuk busuk, ya. Azri buat tak tahu saja. Janji dengan kakak, ya?"

Umairah mengelap air mata adik bongsunya itu. Kasian melihat mereka dengan dugaan itu. Macam-macam mereka dikenakan. Dulu Ezzat terpaksa bawa diri ke luar negara kerana tak sanggup hendak meneruskan kehidupannya setelah orang yang dia sayang telah pun meninggal dunia. Kali ini, mereka diuji lagi dengan keadaan Ezzat yang mengidap penyakit hilang ingatan. Tapi, mereka tabah diuji begitu sekali.

Hayus termenung di luar tingkap sambil menghidup udara yang nyaman di negara orang. Damai saja rasanya...

Tiba-tiba dia terkenang akan nasibnya. Dia mengusap sedikit perutnya yang agak sudah boncet sedikit.

"Kalau papa tak ada pun. Ibu masih boleh jagakan sayang."

Air matanya berguguran jatuh di pipi gebu milik Hayus. Dia terasa amat sedih apabila diperlakukan sebegitu sekali.

"Kakak... "

Umairah menoleh ke belakang. Dia mendapatkan Ezzat yang sedang menuruni anak tangga.

"Kenapa ni busuk?"

"Ainun mana? "

Umairah diam. Tidak tahu hendak beritahu bagaimana.

"Kakak, kenapa diam ni. Kakak selalu tak macam ni. Ezzat tanya, mana Ainun?"

Umairah mengelap sedikit air matanya sebelum jatuh ke kulit mulusnya itu.

"Ainun... Ainun tak ada dah kat sini."

"Dia dekat mana sekarang ni?"

"Dia... dia dekat London."

Umairah terpaksa berbohong dengan adiknya. Dia tak sampai hati hendak memberitahu hal yang sebenar. Ezzat sebelum ini tahu yang Ainun sudah lama pergi. Ezzat yang hilang ingatan semuanya tidak kena dengan dirinya.

"Ezzat nak pergi London jugalah!"

"Tak boleh! Dia pergi sana sebab nak sambung belajar macam Ezzat juga."

"Ezzat pun kena sambung belajar juga."

Umairah menggelengkan kepalanya.

"No... Ezzat dah graduate. Ezzat dah kerja sebagai seorang model. You need to remember about that."

"Tapi Ainun..."

"Dia akan balik nanti. Busuk naik atas siapkan kerja busuk ya."

Ezzat mendaki naik ke tingkat atas semula. Umairah berasa lega dengan tindakan Ezzat sebentar tadi. Nasib baik, dia tak mengelupur hendak pergi ke London juga.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now