N.C.K72

164 9 0
                                    

"Betullah ni kut rumah dia. Harap tak silap..."

Umairah mengetuk pintu rumah yang diwarnakan dengan warna pitch. Pintu rumah itu dikuak dari dalam. Umairah agak terkejut sedikit.

"Hello is it this Hayus's house?"

Ai Ling mengerutkan dahinya. Lama dia berfikir, baru dia teringat Hayus ada tetamu iaitu kakak iparnya.

"Kakak ipar ya? Hayus ada kelas kejap lagi dia balik."

Umairah agak terkejut dengan tutur kata gadis di depannya itu. Pandai berbahasa melayu. Jarang dia jumpa gadis yang lama menetap di kota London ini berfasih bahasa melayu.

"Marilah masuk, sejuk di luar ni."

Umairah mengangkat beg bagasinya masuk ke dalam rumah. Dia melihat persekitaran dalam rumah itu. Cantik susun aturnya. Rumah itu mempunyai tingkat atas dan mempunya 4 bilik atas bawah.

"This is your house?"

"Yes. Hayus tumpang rumah I. She said she wanted to study here like four years."

"I see... how much bayar bulanan? Because I want to stay here same like Hayus."

"100 dollars per month. Cukup murah."

Umairah senyum. "So, nanti I bayar ok."

"Tak apa I bukannya kejam sangat macam orang lain. Bayar lambat tak apa."

Baik sungguh Ai Ling ni. Dia tidak kisah pun hal orang menetap di rumahnya. Bayaran bulanan pun cukup murah di kota London ini.

"You bolehlah pilih bilik mana yang you nak. Sama saja besar."

"Tak apa I pilih sebelah bilik Hayus."

"Bilik Hayus di tingkat atas."

Umairah anggukkan kepalanya.
"Terima kasih ya."

"Sama-sama."

Hello bos -budak suruhan

Hello, you dah jumpa dah tempat tinggal perempuan tu? -Suraya

Belum. Tapi saya dah tahu tempat belajar dia. -budak suruhan

Bagus! Pastikan you tahu dimana dia tinggal sekarang. -suraya

Baiklah bos -budak suruhan.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now