N.C.K100

195 8 0
                                    

Suraya dihalau keluar daripada rumah itu. Dia berasa amat malu diperlakukan sebegitu. Hatinya hancur.

"Kau anak tak guna!"

Tuan Arman menampar pipi anaknya. Dia terasa amat malu apabila anaknya melakukan perkara yang amat keji disisi Islam.

"Abang tak perlulah nak menampar dia. Kita report polis kemudian suruh laki tu kahwin dengan dia. Lelaki itu buatkan dia sampai jadi begini."

Ayu Farhana menyedapkan perasaan Tuan Arman yang tidak dapat mengawal perasaannya. Amarahnya tidak dapat dibendung kerana anaknya itu sudah menjatuhkan air mukanya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menutup mukanya.

"Anak tak guna!"

Ayu Farhana menolak Suraya diatas sofa. Tempias itu terkena sehingga Ayu Farhana jatuh terduduk. Suraya mengesat air matanya.

"Papa yang didik su macam ni kan? Papa juga yang suruh su kahwin dengan Ezzat! Papa nak sangat harta mereka. Papa tamak! Papa yang banyak menyusahkan su! I hate you!"

Suraya keluar daripada rumah itu. Dia teramat benci akan papanya sendiri. Papanya juga yang memaksa Ezzat berkahwin dengannya. Tapi, bila perancangan itu tidak menjadi macam-macam papanya menuduhnya.

"Shh... anak ayah ni."

Ezzat cuba menenangkan anaknya yang menangis tengah-tengah malam begini. Hayus tersedar daripada lenanya. Anaknya meragam kerana perutnya lapar. Hayus bangkit daripada tempat dia baring.

"Sayang nak pergi mana?"

Ezzat khuatir jika isterinya pergi meninggalkannya lagi sedangkan Hayus hendak ke dapur untuk menyediakan susu bagi Hazrien.

"Nak pergi dapur siapkan susu Hazrien."

Hayus menguak pintu biliknya kemudian menuruni anak tangga. Ezzat mendukung anaknya lalu mengekori kemana langkah isterinya itu.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now