N.C.K108

172 6 0
                                    

Suraya dihantar ke dalam wad emergency dengan segera. Dalam keadaanya yang tidak stabil. Fien jadi rasa bersalah kerana tadi dia menampar Suraya. Fien terlalu mudah dalam situasi panik. Jika dia panik habis semuanya dia tampar ataupun melakukan perkara yang negatif.

Ezzat dan Hayus mengekori langkah Fien dari belakang. Puan Sri Anggun serta Tuan Sri Hazziq berjalan seiringan bersama Fien.

Kelam-kabut dibuatnya selepas menerima berita mengenai anak perempuannya itu dihantar ke hospital dengan segera. Ayu Farhana berjalan sambil lewa kerana dia tidak berasa kasihan langsung tentang anak tirinya itu.

Tuan Arman ternampak seorang doktor sedang bercakap dengan Puan Sri Anggun serta Tuan Sri Hazziq.

"Ap-apa yang terjadi?"

Puan Sri Anggun mengeluh. Tuan Sri Hazziq cuba menenangkan perasan abangnya itu.

"Bawa bertenang."

Tuan Arman meraup mukanya perlahan.

"Suraya terpaksa bersalin melalui operation. Bawa bersabar. Kita semua mendoakan supaya suraya selamat bersalin dan anaknya selamat dilahirkan."

Ucap Tuan Sri Hazziq. Ezzat beredar keluar daripada kawasan emergency itu. Hatinya panas tetapi dia cuba mengawalnya.

"Abang.. kenapa pergi macam ni je?"

Hayus menarik lengan Ezzat.

"Abang stress dapat sepupu macam ni."

Ezzat memeluk isterinya.

"Abang tak perlu stress.. kita kan ada Hazrien."

Ezzat mengangguk faham.

"Thanks sayang sebab hadir dalam hidup abang."

"Abang pun sama. Abang dah tahu ke belum pasal suraya mengandung anak siapa tu?"

Ezzat menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak ambil tahu tentang sepupunya itu. Dia lebih pentingkan anak dan isterinya sahaja.

"Busuk! Hayus! Kakak Fien panggil."

Umairah memanggil pasangan sejoli itu. Dia tidak mahu menganggu pasangan itu tapi, adiknya sendiri panggil. Katanya hendak memberitahu perihal yang penting. Umairah terpaksa akur dengan permintaan itu.

Ezzat anggukkan kepalanya lalu mengekori kakaknya dari belakang. Hayus turut sekali berjalan seiringan bersama suaminya itu.


NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now