N.C.K49

190 11 3
                                    

Hayus meminta diri untuk berehat di dalam biliknya. Tiba-tiba dia terasa tekaknya loya selepas makan sushi di restoran sushi king.

"Kakak naik berehat dulu tau. Ezzat tengok-tengokkan isteri Ezzat tu. Nampak muka dia pucat je tadi."

Ezzat anggukkan kepalanya. Azri sudah melesup hilangkan diri katanya hendak berjumpa dengan kawan-kawannya untuk mengulang kaji mata pelajarannya. Yalah, tahun inikan dia akan menghadapi exam PT3.

Umairah menjejakkan kakinya ke dalam bilik tidurnya.

"Rindunya semua Teddy bear dalam bilik ni."

Umairah memeluk semua teddu bearnya yang tersusun di atas katil. Seronok baginya apabila dapat memeluk ke semua patung-patung yang besar itu apabila dipeluk. Nikmat katanya.

Hayus merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Badannya terasa sakit dan lenguh-lenguh. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sakit badan yanh teruk.

Ezzat mendapatkan isterinya yang sedang terlantar baring di atas katil.

"Sayang Okey tak? "

Hayus melelapkan matanya. Tidak larat untuk membuka matanya untuk seketika.

Ezzat menutup pintu biliknya lalu dia duduk di sebelah isterinya yang sedang tidur.

"Sayang tidur, ya ? Nak pergi klinik tak? "

"Tak perlu kut. Kejap lagi okeylah ni. "

Ezzat mengucup dahi isterinya lalu dia bergerak ke meja kerjanya dan terus menyiapkan kerjanya. Dia membiarkan isterinya yang sedang nyenyak tidur.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now