Malam itu Nina dan Iza meminta izin daripada Encik Halim iaitu guru yang bertanggungjawab menjaga mereka di Langkawi untuk bersiar-siar mengambil angin di Langkawi selepas makan malam. Mereka bersiar-siar sambil berpegangan tangan. Mereka sangat gembira. Selain mendapat keputusan yang cemerlang, mereka juga dapat mengikuti percutian yang dianjurkan oleh kolej tahun ini. 'Handsomenya lelaki tu' kata Iza yang sambil melihat ke arah seorang lelaki. 'Pleaselaa... kau memang. Pantang nampak lelaki. Manala tau, lelaki tu dah berpunya' Amanina berkata tanpa melihat lelaki itu. Mereka meneruskan lagi perjalanan, mereka mengambil gambar dan tiba-tiba Amanina berasa dahaga. 'Iza, aku nak p kedai beli air jap. Kau nak pesan apapa?' Katanya pada Iza yang sedang khusyuk melihat gambar-gambar. 'Emm..taklaa. hati-hati jalan tu. Kalau terjumpa lelaki handsome, bagitau aku' katanya sambil ketawa. Amanina hanya tergelak kecil. Amanina terus meluru ke kedai yang berhampiran. Dia mengambil air kegemarannya Ice Lemon Tea. Dia keluar kedai dan tiba-tiba seorang lelaki dari belakang cuba merampas begnya. Lelaki itu berpakaian hitam. 'Oh my god! Tolonggggggg! Tolonggg! Izaaaaaaaaa! Aku kena ragut… Tolong!!!!! Somebody help me, please!!!!!!' Amanina mula cemas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki berlari untuk mengejar perompak tersebut. Iza yang baru datang menenangkan Amanina. 30minit telah berlalu, seorang lelaki memakai baju sejuk biru gelap menuju ke arah mereka. 'Are u okey?' Tanyanya sopan. Iza seakan faham situasi, dia sengaja berlalu pergi dan singgah ke kedai yang berhampiran supaya kawannya itu berdua-duaan dengan lelaki itu. Amanina merenung Iza tajam. 'Err... ya, I'm ok. Thank you' Amanina menjawab dengan nada yang lembut. Hati Amanina berkata 'Seriously? Why must him? Oh my god! Ok nina, chill'. Lelaki itu duduk disebelah Amanina dan Amanina segera bangun dan berlalu pergi. Namun begitu, Amanina dapat merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan. 'Malangnya nasib aku hari ni!' Kata Amanina mengeluh sambil diperhatikan Iza yang sedang makan Cadburry Chocolate disebelahnya.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...