Petang itu, Amanina ke kedai seorang diri. Dia ingin membeli barang dapur. Mak Jah ketika itu sudah keluar untuk menguruskan urusannya. Tanpa dia sedari, dua orang pemuda kampung telah mengekorinya. Amanina keluar dari kedai dan bertembung dengan salah seorang pemuda kampung tersebut. 'Ehh maaf maaf. Tak sengaja. Saya nak cepat tadi' kata Jamal sambil melihat susuk tubuh Amanina. Amanina segera mengutip barang-barangnya yang terjatuh. Tiba-tiba lelaki itu memegang pipi Amanina. Tanpa disedari, tangan Amanina telah singgah ke pipi Jamal. Amanina ingin melarikan diri. Jamal dan kawannya mengejar Amanina dari belakang menaiki motor. 'Kalau kau sentuh aku, I'll call my lawyer!' Katanya cemas. Jamal sudah turun dari motor, dia menolak Amanina namun tiba-tiba Aiman Hafrez muncul dan menyambut Amanina. Amanina terkejut. Aiman merenung Jamal tajam, dia menumbuk Jamal lalu Jamal terjatuh di tanah. Amanina bertambah cemas. Kawan Jamal menumbuk muka Aiman dari sudut kanan. Amanina segera menolong Aiman yang terjatuh dan mengajaknya pulang. Aiman sempat memberi amaran kepada Jamal dan kawannya itu. Jamal merenung Aiman dengan perasaan yang sangat marah. Aiman menggosok-gosok pipinya yang mula berdarah. Amanina menjadi rasa serba salah.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomantizmCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...