Malam itu, Mak Jah memberitahu kepada Amanina bahawa anak angkatnya akan balik ke kampung esok pagi. 'Anak angkat mak tu, perempuan ke lelaki?' Mak Jah menjawab 'lelaki, nina'. 'Ohh' jawabnya ringkas. 'Nanti bolehla nina kenal-kenal dengan dia. Dia beza dua tahun je dengan nina. Baik budaknya' Mak Jah mula mengusik. 'Alaa mak ni, macamla mak tak tau yang nina ni tak berapa bekenan sangat dengan lelaki' Mak Jah hanya menggelengkan kepalanya. Dia risau sekiranya pintu hati Amanina betul-betul sudah tertutup untuk lelaki. 'Kamu mesti bagi peluang pada lelaki untuk bertakhta di hati kamu tu, nina. Percayala cakap mak ni, lelaki tak semua sama. Sampai bila kamu nak benci lelaki? Sampai bila kamu taknak menikmati cinta? Usia kamu muda, perjalanan masih panjang. Cinta itu indah, nina' Amanina menjawab 'Disebabkan perjalanan nina masih panjangla nina taknak bercinta. Nina taknak sia-siakan usia muda nina dengan hal-hal cinta ni' Mak Jah hanya merenung Amanina yang ketika itu sedang menolongnya melipat kain. Mak Jah menukar topik 'ehhh nina! Apa yang nina buat tu? Dah tak macam kain dah baju tu mak tengok. Dahlaa, pegi masuk tidur sana. Biar mak yang buat semua ni' Amanina tersipu malu. 'Ok mak, selamat malam. Jaga-jaga mak, nanti ada hantu hi hi hi..' Amanina mengusik Mak Jah.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...