Setelah hampir 3 bulan berhempas-pulas menyiapkan segala aturan majlis perkahwinan Ik dan Iza. Hari ini, berlangsulah majlis perkahwin yang diadakan di Hotel City Hall. Amanina tidak menyangka Iza yang dulu hanya kawan baiknya namun sekarang naik pangkat menjadi kakak iparnya. Setelah mengenakan busana CaryaRoza pada akad nikah tengahari tadi, Ik dan Iza mengenakan pula pakaian raja sehari yang telah dibeli di Indonesia. Perkahwinan mereka berkonsepkan Rose Garden. Ik dan Iza duduk di kerusi pengantin. Amanina dan sekeluarga duduk di meja vvip. Ik dan Iza tidak lari dari senyuman mereka. Orang tua Syafiq juga turut hadir malam itu. Mereka telah melupakan kejadian yang lepas. Syafiq masih lagi dalam penjara. Mereka bertegur sapa dengan mesranya. Ahli keluarga Ik dan Iza naik ke atas pelamin untuk mengambil gambar. Gabungan warna putih dan merah mewarnai pelamin itu. Keluarga pihak lelaki semuanya lengkap mengenakan tema merah manakala pihak perempuan pula mengenakan tema putih. Majlis perkahwinan itu sangat meriah. Amanina ternampak Aiman keluar dari hotel. Amanina mengekori Aiman dari belakang. 'Are u okey?' tanya Amanina. 'Yaa. Saya okey. Awak nampak penat' Aiman menjawab. 'Penat sikit je' Amanina berkata sambil mengemaskan rambutnya. 'I love you, Amanina Amirah' Aiman berkata sambil memegang kedua-dua belah tangan Amanina. Mereka menghadap antara satu sama lain. 'I will love you today. I will love you tomorrow. I will love you for the rest of my life. No matter life puts me through, I will be here by your side. Because without my other half, I am not me'. Amanina sangat terkejut dengan pengakuan Aiman pada malam itu. Dia sangat terkejut apabila Aiman mula melutut di hadapannya dan mula mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. 'Aiman... what are you trying to do?' Amanina bertanya kepada Aiman. Adakah Aiman Hafrez......? Tanpa mempedulikan soalan Amanina, Aiman memegang jari-jemari Amanina dan menunjukkan sebentuk cincin berlian yang sangat cantik. Dengan perasaan yang sangat yakin, Aiman berkata sambil merenung mata Amanina 'Amanina Amirah binti Tan Sri Omar Baharudin, sudikah awak menjadi isteri saya?' Amanina mula mengalirkan air mata kerana terharu. Amanina menarik nafas panjang dan menjawab 'Yaa. Saya terima. Thank you so much'. Tak sangka, hari perkahwinan Iza dengan Iz sama dengan hari Aiman melamar Amanina. Segala penat pada malam itu hilang secara langsung kerana terlalu gembira.

YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...