NMYT5

1K 28 0
                                    

Sudah sehari mereka di Langkawi. Amanina tertarik dengan seorang lelaki. Dia bagaikan ingin mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Amanina mengeluh panjang dan bercakap dalam hati 'Come on nina, takkan kau dah jatuh cinta kot. Wake up! Kau kan tak nak bercinta. Ok Amanina Amirah. Lupakan dia and have fun' Amanina berdiri dan mengambil gambar. Amanina mengambil gambar dengan khusyuknya. Tiba-tiba, dia bertembung dengan seorang lelaki. Cameranya terjatuh dan jam tangan lelaki itu juga terjatuh. Amanina mula berang. Dia segera mengambil kameranya lalu hendak menengking 'ehh, kau ni....' belum sempat menghabiskan ayatnya, dia terkejut melihat lelaki itu. Yes! Lelaki yang dia perhatikan sejak sampai di Langkawi. Dia tidak menyangka dia akan bertembung face to face dengan lelaki itu walaupun dalam keadaan yang tidak diingini. Lelaki itu berkata 'cik, I'm really sorry. Saya betul-betul tak nampak awak tadi' Dengan nada angkuh, Amanina menjawab 'alamak kau ni! Kau jalan pandang depan la. Kalau kamera aku rosak, jangan harap kau terlepas. You better watch out!' Amanina berlalu pergi dengan perasaan yang tidak tentu arah. Dia menampar wajahnya yang lembut itu, dia menarik-narik rambutnya yang berwarna perang licin itu, dia menghantak-hantak kakinya semasa berjalan dan itu mengakibatkan dia terjatuh di khalayak ramai. Amanina segera berdiri dan berkata 'Malangnya nasib aku!'

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now