Pagi itu Mak Jah telah menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Amanina keluar dari bilik dan segera ke dapur. Tangannya pula perlahan-lahan mengambil kuih tetapi segera dipukul oleh Mak Jah 'Epp! Berus gigi dulu sana. Cuci muka, terus mandila sekali. Kamu ni, nina ninaaaa...' Amanina hanya tersenyum kambing. Kedengaran suaranya menyanyi lagu potret sambil menuju ke tandas. Tiba-tiba, 'arghhhhhhhhhh! Sejuknyaaaaaaaaa!' Amanina menjerit kesejukan. Mak Jah hanya ketawa. Setelah selesai makan, Amanina ditinggalkan oleh Mak Jah kerana Mak Jah ingin menguruskan urusannya. Amanina berjalan-jalan di kampung dan sekali lagi dia teringat akan peristiwa semalam. Kisah Mak Jah. 'Aku benci lelaki. Bagi aku, lelaki ni bawa malapetaka je dalam hidup perempuan' Tanpa dia sedari, Ika yang berada di belankang menerjahnya 'hei!' Amanina menjerit terkejut lalu berkata 'ishhh awak ni ika. Terkejut saya dibuatnya. Kalau saya ada sakit jantung tadi, awak tak nampak lagi tau saya kat sini' Ika hanya tergelak dan Ika kembali ke topik yang asal. 'Nina, lelaki bukanla malapetaka atau pun nasib malang pada perempuan. Awak dah salah tafsir erti lelaki' Amanina berkata lagi 'Saya tak suka lelaki. Saya tak suka cinta' Ika hanya tersenyum melihat karenah Amanina.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...