NMYT23

611 21 0
                                    

Pagi itu, Aiman telah siap mengenakan baju melayu moden berwarna biru laut. Dia berdiri di hadapan cermin 'Handsome juga aku ni' katanya sambil ketawa. Dia menunggu di ruang tamu. Mak Jah sudah keluar dari bilik. 'Haaaa..cantiknya anak mak ni pakai baju kebaya' puji Mak Jah kepada Amanina yang baru saja keluar dari bilik. Aiman terkedu melihat Amanina yang anggun mengenakan baju kebaya yang juga berwarna biru laut. Amanina hanya tersenyum melihat muka Aiman yang bagaikan ternampak bidadari. 'Ishh dia ni pandang aku semacam. Dahla aku first time pakai baju kebaya. Aku nampak macam badut ke?' Bisik Amanina dalam hati sambil melihat dirinya sendiri. Mereka telah sampai di rumah Ika. Amanina merasa sangat kekok kerana dia selalunya menghadiri majlis perkahwinan di hotel, dewan besar. Mak Jah telah mengamanahkan Amanina pada Aiman. Mak Jah sibuk di dapur. Ika juga sibuk melayan tetamu. Ika melihat Aiman dan Amanina yang ketika itu sedang menjamu selera. Mereka berdua kelihatan sangat mesra. Aiman mula menyedari Ika merenung mereka dengan perasaan yang marah. Aiman meletakkan tangannya di dagu sambil melihat wajah Amanina yang sedang khusyuk bercerita. Tiba-tiba, tangan Aiman mengusap rambut Amanina yang jatuh ke belakang. Amanina tersipu malu. Mereka berdua kelihatan sangat sedondon dengan pakaian biru laut itu. 'Haaa Aiman, lepas ni giliran awak pula kahwin' usik Pak Jalil sambil melihat ke arah Amanina. 'Ishhh sapala nak dengan saya ni, Pak Jalil' jawab Aiman sopan. Pak Jalil menepu bahu Aiman dan berlalu pergi.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now