NMYT12

658 24 0
                                    


Sudah 3 hari Amanina berada di rumah. Setiap hari dia menunggu kepulangan ibu bapanya. Dia mengurungkan dirinya di bilik. Dia merenung kad nama Aiman Hafrez. 'Call ke tak...call ke tak...call ke tak...' katanya sambil ke hulur hilir. Dia menekan butang 'call' dan bermulalah segala-galanya. Amanina berasa puas kerana dapat mendengar suara Aiman. Mereka berbual tentang saat pertama kali mereka bertemu dan Amanina tersenyum sendiri. Setelah habis bergayut, Amanina terus turun mendapatkan Mak Jah. 'Makkkkkkkkkkk' Amanina menjerit keriangan dan memeluk Mak Jah dari belakang. 'Ehh budak ni. Terkejut kita dibuatnya. Kenapa ni? Tadi monyok sekarang happy semacam je. Tuan dan puan dah balik ke?' Tanya Mak Jah sambil memanjangkan lehernya untuk melihat kelibat Tan Sri Omar dan Puan Sri Faridah. 'Ishhhh taklaa. Hmm nina happy salah. Sedih salah. Apala mak ni' Mak Jah mencubit bahu Amanina manja. Sejak hari itu, Amanina dan Aiman sering kali bertanyakan khabar. Namun begitu, Amanina masih lagi berpegang pada prinsipnya. Dia takut jikalau malang menimpanya seperti kawan karibnya itu.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now