Setelah 5 tahun berlalu, kehidupan Aiman dan Amanina semakin bahagia. Ditambah pula dengan kehadiran puteri sulung mereka yang diberi nama Ain Zashimah. Begitu juga dengan kehidupan Ik dan Iza. Mereka juga bertambah bahagia menjalani kehidupan berkeluarga dengan kehadiran putera sulung mereka yang diberi nama Megat Rayyan. Ain dan Rayyan bermain bersama-sama. Tan Sri Omar, Puan Sri Faridah dan Mak Jah bermain dengan cucu-cucu mereka itu. Orang tua Iza juga berada di situ. Amanina memerhati setiap wajah ahli keluarganya. Dia mula sedar dirinya sebenaranya sangat dihargai terutamanya Aiman. Seorang lelaki yang pernah dia labelkan sebagai pembawa malang. Malahan, cinta. Cinta juga pernah menjadi sesuatu perkara yang dia benci. Namun kini tidak lagi. Segala-galanya sudah berubah. Tiada lagi Amanina Amirah yang dulu. Amanina yang benci pada lelaki dan cinta. Amanina yang sekarang ialah Amanina yang mencintai seorang lelaki yang bernama Aiman Hafrez.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...