'Nina. Tadi Puan Sri telefon mak. Dorang dah otw sini. Dorang nak ambil nina balik. Katanya, Tuan nak tunangkan nina dengan anak lelakinya' Mak Jah memberitahu Amanina yang ketika itu sedang mengikat rambut. 'Tunang?! No, taknak. Nina nak stay sini. Nina taknak balik. Nina tak nak tunang dengan..' belum habis dia menghabiskan ayatnya kedengaran bunyi hon kereta di halaman rumah. Kelihatan Aiman bersalam-salaman dengan ibu bapa serta abang Amanina. 'Ehh, awak siapa? Tak pernah jumpa pun sebelum ni?' Ik bertanyakan kepada Aiman. 'Saya Aiman Hafrez. Anak angkat Mak Jah' jawab Aiman sopan. 'Jemput naik' katanya lagi. 'Tak payah' Amanina sudah turun dari rumah. 'Ninaaa, ibu miss you so much' Puan Sri Faridah mencium pipi Amanina. 'Mak Jah sihat?' Tanyanya pada Mak Jah yang berdiri di sebelah Aiman. 'Kalau ibu, ayah dan abang datang sini nak bawa nina balik hanya untuk tunang dengan anak kawan ayah, nina taknak' Amanina sudah mula bersuara. 'Nina tak payah nak buat perangai. Nina mesti tunang dengan...' belum habis Tan Sri Omar menghabiskan ayatnya Amanina sudah bersuara dengan nada yang tinggi 'No! Nina taknak!' Abang Ik juga mula bersuara 'Adik, kenapa cakap macam tu dengan ayah?' Mak Jah dan Aiman hanya mendiam diri. Puan Sri mendekati Amanina 'Sayang, please.' Amanina tetap dengan keputusannya. Tan Sri Omar mula bertindak agresif. Dia menarik tangan Amanina masuk ke kereta. Mak Jah dan Aiman bertambah cemas. Begitu juga dengan Puan Sri dan Ik. Amanina menarik tangannya dan menengking Tan Sri 'Ayah tak berhak nak tentukan Nina nak tunang dengan sapa! Itu hak nina!' Panggggggggg! Tanpa disedari, tangan kanan Tan Sri Omar telah singgah ke pipi kanan Amanina. Puan Sri segera menolak suaminya itu manakala Mak Jah pula mendapatkan Amanina. Amanina naik ke rumah dan mengurungkan diri di dalam bilik. Tan Sri, Puan Sri, Ik, Mak Jah serta Aiman masing-masing mendiamkan diri. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk pulang dan akan kembali dalam masa yang terdekat.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...