Ketika pulang, Aiman berkata 'Mak, Aiman nak bawa Nina jalan-jalan kat kampung ni' Mak Jah melihat Amanina. 'Nina nak jalan-jalan dengan Aiman?' tanya Mak Jah. Amanina hanya mengangguk sambil tersenyum malu. Mereka berdua berjalan sambil Aiman menceritakan tentang kampungnya. Tiba-tiba satu soalan keluar dari mulut Aiman 'Nina, awak orang kaya. Top student kat U. Ibu dan ayah awak banyak duit. Kenapa awak nak duduk kampung?' Amanina menjawab dengan tenang 'Awak tak tahu story hidup saya lagi'. Aiman membawa Amanina ke tebing sungai yang sangat jernih airnya. Amanina segera berlari ke arah sungai namun tangannua ditarik oleh Aiman lembut. 'Ehhhh.. amboi lajunya lari. Hati-hati wak, sungai tu dalam. Tu sungai tau bukan swimming pool' Aiman menyindir Amanina. Amanina hanya menjeling manja. Aiman dan Amanina duduk bersebelahan sambil merendamkan kaki. Aiman kembali dengan soalannya tadi dan akhirnya Amanina menceritakan serba sikit tentang kehidupannya. 'Kat sana, saya rasa macam saya tak dihargai. Ada ibu bapa macam takda ibu bapa. Ada abang tapi macam takda abang. Dorang masing-masing dengan kerja. Selalu busy. Mak Jah je lah yang selalu ada dengan saya. And now, saya dah hmpir seminggu kat sini dorang langsung tak call saya. Massage, whatsapp pun......' Amanina tidak sanggup meneruskannya. Aiman hanya melihat Amanina yang sudah mengalir air mata. Aiman mendekati Amanina dan mengelap air mata Amanina lembut. 'Dahlaa tu. Sekarang awak ada kat sini dan selagi awak kat sini, saya akan jaga awak semampu yang saya boleh' kata Aiman sambil tersenyum. Hari semakin gelap, Aiman terlebih dahulu berdiri dan menghulurkan tangan kepada Amanina untuk membantunya bangun. Amanina menyambut tangan Aiman. Mereka balik ke rumah.

YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...