Di rumah, Amanina segera mencuci luka Aiman. 'Saya minta...' belum habis Amanina menghabiskan ayatnya, Aiman memotong 'dahla tuu.. Jamal memang begitu. Next time, kalau nak keluar bagitahu saya' Amanina hanya mengangguk. Amanina ingin mengambil sapu tangan namun terlanggar kunci rumah yang berada di atas meja. Kunci itu terjatuh dan Amanina segera mengambil kunci tersebut namun pada masa yang sama Aiman juga ingin mengambil kunci itu. Tangan mereka bertindih. Mereka memandang antara satu sama lain. Amanina segera menarik tangannya dan segera ke dapur. 'Jangan jalan laju sangat nanti terlanggar kerusi lagi' sindir Aiman. Amanina menoleh ke belakang dan menghumban sapu tangan ke arah Aiman. Malam itu, Mak Jah dan Amanina pergi ke rumah Ika kerana malam itu majlis berinai diadakan kerana kakak Ika akan berkahwin esok pagi. Amanina juga turut berinai. Mak Cik Sal menegur Amanina 'Cantik nina ni. Anak orang kaya pula tu' Amanina hanya tersipu malu. 'Nina pula bila nak kahwin? Ni mesti dah ada kekasih ni kan?' Mak Cik Sal mengusik Amanina. 'Ishh mak cik ni, ada ada je' katanya sambil melihat Ika yang berada di sebelahnya. Mak Jah hanya tersenyum melihat Amanina yang jelas kelihatan gembira berada di kampung. Namun dia hairan, sudah dekat 4 hari Amanina di sini namun Tan Sri Omar dan Puan Sri Faridah langsung tiada menelefonnya untuk bertanyakan apa-apa.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...