NMYT39

576 13 0
                                    

Sudah dua hari demam Amanina tidak surut. Selera makannya juga tidak menentu. Tan Sri Omar dan Puan Sri Faridah masing-masing telah ke California dan UK atas urusan kerja. Ik pula berada di Brunei. Aiman mengambil cuti untuk menjaga Amanina. Setiap petang, Mak Jah dan Iza akan ke rumah untuk melawat Amanina. Aiman melihat Amanina sedang merenung sesuatu di balkoni bilik. Aiman memeluk pinggang isterinya itu dari belakang. 'Tengok apa tu?' Tanyanya. 'Ehh abang ni. Terkejut nina. Takda apala. Nina nak ambil angin je' jawab Amanina. Amanina terbatuk. Dia batuk tanpa henti. Aiman menepuk belakang Amanina dan membawanya ke katil. 'Sayang, awak nampak pucat. Kita ke klinik yaa?' tanya Aiman kepada Amanina yang sedang baring. Amanina menggeleng kepalanya menandakan tidak bersetuju dengan Aiman. Aiman memegang dahi isterinya itu. 'Panasnya' bisiknya dalam hati. Amanina tertidur. Aiman semakin risau terhadap demam yang melanda isterinya. Malam itu, Aiman pergi ke kedai untuk membeli barang dapur. Aimab terus balik ke rumah selepas selesai membeli barang. Amanina membuka pintu untuk Aiman. Aiman segera ke dapur untuk meletakkan barang-barang yang dibelinya. Sebaik sahaja Aiman pusing ke belakang dia melihat Amanina mula rebah namun dia segera menyambut isterinya itu. 'Ya Allah! Sayanggg! Bangun sayang' Aiman menampar pipi Amanina berkali-kali namun tiada petunjuk Amanina akan sedar. Dia mengangkat Amanina ke bilik. Dia menelefon kawannya, Ali yang juga seorang doktor agar segera ke rumahnya. 'Isteri kau tak apa-apa. Mungkin kerana perubahan cuaca ataupun dia kurang rehat. Kau ambil ubat ni dan pastikan dia rehat secukupnya. Insha Allah dua tiga hari nanti sembuhla dia' kata Doktor Ali. 'Thanks bro' jawab Aiman. Dia baring di sebelah isterinya sambil merenung wajah Amanina yang nyenyak tidur. Dia mencium dahi isterinya. Aiman menyelimutkan Amanina. 'Selamat malam sayang' katanya.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now