Pagi itu, Syafiq sudah berada di depan Amanina. 'Morning sayang' kata Aiman sambil mencuti dagu Amanina. Amanina menepis. Syafiq membuka ikatan tali di kaki dan tangan Amanina. 'Aku lepaskan ikatab ni bukan bermakna kau dah bebas'. Di rumah, telefon Tan Sri berdering. 'Amanina ada dengan saya. Tan sri...Tan sri... keputusan awak untuk membatalkan pertunangan kami adalah keputusan yang paling malang dan sekarang anak perempuan awak berada dalam genggaman saya. Don't worry Tan Sri, Nina selamat dengan saya'. 'Tak guna! Hei syafiq, kalau kau apa-apakan anak aku, aku tak akan teragak-agak report polis'. Orang rumah mula mendekati Tan Sri di ruang tamu. 'Ayahhhh!!! Ayah tolong Nina, yahhh!' Kedengaran suara Amanina sedang meronta-ronta meminta tolong. 'Ninaaa! Ninaaaa!' Tan Sri memanggil anaknya namun Syafiq telah memutuskan panggilan. Mereka semua bergegas ke rumah orang tua Syafiq. 'Saya akan pastikan anak awak masuk penjara!' Tan Sri menegking Datuk Rizal. Datin Aida menenagkan Puan Sri Faridah. Mereka berdua tidak menyangka sampai begitu sekali anak mereka bertindak. Memang selama ini Syafiq kecewa kerana Amanina tidak mahu bertunang dengannya namun mereka sangka Syafiq dapat menerima hakikat kerana Syafiq kelihatan sangat tenang ketika berada di rumah. Malam itu, Amanina cuba melarikan diri dari rumah usang itu. Dia nekad untuk meloloskan diri dari rumah itu. Tepat jam 12 malam, perlahan-lahan dia membuka pintu itu. Dia memperhatikan persekitarannya sebagai langkah berjaga-jaga. Dia memperlahankan langkahnya dan tiba-tiba seorang lelaki ternampaknya lalu menjerit 'Woi! Jangan lari!' Syafiq terdengar suara itu dan segera keluar dari bilik, kebetulan Amanina lalu di hadapannya. Syafiq memeluk Amanina dengan kuat dari belakang. 'Kau nak lari p mana? Nak balik? Jangan harap kau akan terlepas jika parents kau tak bagi kita tunang' katanya sambil ketawa. 'Mati hidup balik pun aku takkan tunang dengan orang macam kau laa!' Katanya sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Syafiq namun dia akur tenaga lelaki Syafiq dua kali ganda kuat berbanding tenaganya. Amanina dikurung semula di tempat asalnya. Dia menjerit sepuas-puasnya. Syafiq dan anak buahnya ketawa gembira. Syafiq berasa sangat puas.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...