NMYT37

592 16 0
                                    

'Morning sayang' Aiman menyambut pagi Amanina. Amanina menutup mukanya dengan selimut namun Aiman menariknya. Sudah dua hari mereka duduk di rumah banglo yang atuk Amanina hadiahkan. Aiman dan Amanina masih sibuk mengemaskan rumah. Aiman menggantung gambar perkahwinannya di ruang tamu utama. Dia merenung gambar itu. 'Amboi...cantiknya isteri abang tu kan' Amanina memuji dirinya sendiri. 'Ishhhh tak malunya dia puji diri sendiri' kata Aiman sambil menarik hidung isterinya itu. Mereka mengemas rumah memakan masa sehingga 3 jam. Tengahari itu, Amanina masak masakan yang selalu Mak Jah masak. Dia menyiapkan makanan tengahari suaminya. 'Abang... jom makan' Amanina memanggil Aiman. 'Yaa sayang. Abang turun dah ni' katanya sambil melipat lengan bajunya. 'Wahhh..handsomenya suami nina ni' pujinya sambil mengemaskan tali leher Aiman. Setelah selesai makan, Aiman memulakan hari pertamanya di Syarikat Omar Holdings. 'Ya Allah, nervousnya aku. Selama ni aku kerja kat Langkawi, taklah sampai begini. Ok Aiman, syarikat ni tak makan kau pun. Huhh.. bismillahirahmanirahim' katanya sebelum keluar dari kereta. Ik selaku pengerusi Syarikat Omar Holdings menyambut kedatangan Aiman. Ik mengenalkan Aiman kepada semua staff. Ik juga memberitahu identiti Aiman yang sebenar. Ik membawa Aiman ke biliknya. 'Haa.. ni bilik awak. Suka tak?' Tanya Ik. 'Lebih dari suka, bang. Terima kasih sangat-sangat. Saya janji saya takkan kecewakan abang dan ayah' kata Aiman sambil menyalam Ik. 'Bagusla tuu. Kita sama-sama lagi mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi kejayaan syarikat ini. Insha allah' kata Ik dan berlalu pergi. Aiman menikmati biliknya. Dia berasa sangat bersyukur kerana kehidupannya kini lebih baik.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now