Mereka sudah sampai di Kampung Indah Jaya. Amanina ternampak sawah padi yang menghijau. 'Mak, boleh tak nina nak ke sana kejap?' Mak Jah yang ketika itu sedang menyapu menjawab 'haaa pergilah. Hati-hati tau. Balik sebelum maghrib' Amanina pergi ke kerusi yang ada di tengah-tengah sawah padi itu. 'Cantiknya kampung ni' tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan dari belakang 'Memang cantik pun, macam awak juga' katanya sambil tersenyum pada Amanina. 'Saya Ika' katanya yang manis berbaju kurung bunga-bunga putih dan bersanggul. Amanina yang ketika itu mengenakan baju polos putih lengan panjang dan seluar lagging berwarna hitam serta rambutnya yang perang itu dibiarkan terurai menjawab 'Saya Amanina. Panggil nina je' Ika duduk di sebelah Amanina, mereka berbual-bual kosong. Dalam masa yang singkat, Amanina dan Ika menjadi rapat.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...