Setelah mereka habis sarapan, mereka berempat terus pergi ke airport. Terasa sekajap saja mereka di Hong Kong. 'Takpa.. lain kali kita pergi lagi ok' Ik memujuk Iza yang seakan-akan berat hati meninggalkan Hong Kong. 'Tapi next time Iza taknak Hong Kong. Iza nak ke...' belum habis Iza menghabiskan ayatnya, Ik mencelah 'Iza nak ke mana? New York? Dubai? Paris? Istanbul?' Tanya Ik namun Iza menggeleng. Aiman dan Amanina juga pelik. Ke mana agaknya Iza nak pergi? 'So, awak nak ke mana?' Ik. 'Iza nak ke tanah suci mekah' jawab Iza. Amanina yang duduk di hadapan memusingkan badannya melihat riak wajah Ik. Amanina berkata pada Iza 'Ok babe. Ada rezeki, panjang umur nanti kita semua ke sana k. Kita boleh bawa parents kau, parents aku dan Mak Jah sekali'. Aiman hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Hampir 3 jam mereka di langit biru dan akhirnya mereka telah sampai di Malaysia. Mereka menikmati makanan tengahari di restoran yang berdekatan sementara menunggu Pak Mat datang. Tiba-tiba tekak Amanina terasa pahit. Dia segera ke tandas dan muntah. Aiman berdiri untuk mengejar Amanina namun ditahan oleh Iza. 'Takpa. Biar aku yang tengokkan dia' katanya. Ik juga berasa risau akan adiknya itu. Di tandas, Iza bertanya kepada Amanina 'babe, kau ok?' Amanina menggeleng. 'Kebelakangan ni aku asyik muntah-muntah je. Selera makan pun tak menentu' jawab Amanina. Iza seakan-akan dapat meneka situasi adik iparnya itu. 'Aku pun sama. Selera makan aku dah lain dah sekarang' Iza juga membuat pengakuan. Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Adakah mereka...........? Amanina dan Iza keluar dari tandas. Aiman segera berdiri menyambut Amanina. 'Sayang ok? Sakit perutke?' Tanya Aiman risau. 'Nina ok laa. Don't worry ok' jawab Amanina. 'Encik Ik!' Kedengaran suara Pak Mat memanggil dari jauh. Mereka berempat pun meluru ke arah Pak Mat. 'Pak Mat sihat?' Tanya Ik. 'Alhamdulillah sihat je ni. Haa, macam mana bulan madu kamu semua?' Tanya Pak Mat pula. 'Kalau iyapun nak borak, masukla dulu. Kaki nina dah kebas dah ni berdiri' kata Amanina sambil menepuk kakinya. Dalam perjalanan, mereka berbual tentang keindahan dunia Hong Kong. Amanina dan Iza pula memandang antara satu sama lain. Mereka sendiri masih runsing dengan keadaan diri mereka masing-masing.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...