NMYT19

634 26 0
                                    

Petang itu, Mak Jah keluar lagi untuk meneruskan urusannya. Amanina duduk di tangga rumah mengambil angin kampung. 'Taknak jalan-jalan ke?' Aiman menyapanya dari belakang. 'Nak juga tapi manala saya tau selok belok kampung ni' Amanina menutup mulutnya. Ayat yang dia lontar sebentar tadi seakan-akan hendak mengajak Aiman keluar. Tanpa membuang masa, Aiman menarik tangan Amanina yang lembut itu dan membawanya bersiar-siar. Semasa berjalan bersama Aiman, hati Amanina berdegup kencang. 'Rupanya awak ni anak Tan Sri dan Puan Sri. Awak anak orang kaya tapi kenapa nak ikut balik kampung' Aiman bertanya dengan sopan. 'Parents saya selalu busy. Abang saya pun selalu busy. Mak Jah je lah yang selalu temankaj saya. Lagipun, saya suka udara kampung' Amanina menjawab sambil melebarkan tangannya dan berpusing-pusing sebagai tanda dia menikmati udara kampung. Aiman tersenyum melihat gelagat Amanina. Tiba-tiba, Ika muncul di hadapan mereka berdua. 'Ehhh, ika!' kata Amanina sambil memegang tangan ika. Ika hanya tersenyum manis. 'Abang Aiman bila sampai? Macam mana boleh kenal dengan nina?' tanya Ika. Amanina mula merasakan sesuatu yang tidak enak. Aiman menceritakan semuanya. Bermula dari mereka terjumpa di Langkawi sehinggalah Aiman mengetahui bahawa Amanina adalah anak majikan emaknya. Terdapat perubahan pada muka Ika yang pada asalnya berseri-seri. Amanina mula merasa kekok. Aiman hanya tersenyum melihat Amanina. Mereka pulang bersama-sama meninggalkan Ika yang ketika itu merenung tajam ke arah Amanina.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now