'Abang! That's our daughter. Abang nak ke tengok satu-satunya anak perempuan kita hidup dengan orang yang langsung dia tak kenal? Tak cinta? Saya tak kisah. Saya dah bekenan dengan budak Aiman Hafrez tu. Kerja pun elok. Yang paling penting, mereka sayangkan satu sama lain. So, what is your problem?' Puan Sri Faridah memujuk Tan Sri Omar yang sedang duduk disebelahnya. Ik juga mula membuka mulut 'Yalaa yah. Ik tengok Aiman tu budak baik. Adik pun nampak sangat dia sangat sayang kat Aiman. Kita bukannya tak tahu hati adik tu selama ni manalah terbuka untuk mana-mana lelaki. Sekarang, Aiman sudah bertakhta di hati adik. Ik yakin, Aiman boleh jaga adik dengan baik'. Tan Sri tidak mempedulikan mereka. Beliau naik tanpa berkata apa-apa. Sudah dua hari mereka memujuk Tan Sri namun tetap gagal. Pintu loceng berbunyi, Amanina, Mak Jah dan Aiman berdiri di hadapan pintu. Mereka berlima berbincang sekali lagi. Petang itu, Amanina mempunyai kelas. Cuti seminggu sudah pun habis. Sebelum pergi ke kolej, Aiman berjumpa dengannya. 'Terima kasih sebab terima saya. Saya janji saya akan jaga awak elok-elok. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar. Semoga hati ayah awak terbuka untuk menerima saya' kata Aiman. 'Saya tak pernah jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Tapi kali ini, saya yakin saya telah jatuh cinta pada awak. Saya juga mempunyai harapan yang sama. Semoga hati ayah terbuka untuk menerima hubungan kita' katanya dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...