NMYT10

793 25 0
                                    

Inilah harinya. Di mana, mereka akan balik ke Kuala Lumpur. Terasa berat rasanya meninggalkan Langkawi walaupun terdapat banyak insiden malang menimpa ke atas diri Amanina. 'Takkan dah rindu kot?' Iza menyindir Amanina. 'Pahal kau ni?' Amanina cuba menyembunyikan perasaanya yang sememangnya susah hendak dijelaskan dengan kata-kata. Mereka segera berkemas kerana mereka akan bertolak tidak lama lagi. Setelah sampai di lobi hotel, Amanina ternampak satu susuk tubuh yang sememangnya dia sangat kenal. Lelaki itu pusing ke bekalang dan membuatkan Amanina tersenyum manis. 'Ok, take your time' kata Iza yang berlalu pergi. 'So, awak dah nak balik KL?' Aiman membuka bicara. 'Ya' jawab Amanina ringkas. 'Ada plan nak ke Langkawi lagi lepas ni?' Ahmad bertanya lagi. 'I don't think so.' Amanina Amirah menjawab dengan perasaan yang dia sendiri pun tidak tahu. Aiman mengeluarkan kadnya yang tertera nombor telefon kepada Amanina. 'Saya akan tunggu panggilan dari awak' Amanina mengambil kad itu dan berkata 'Ok, thanks. Tapi saya tak janji saya akan call awak' Aiman tetap tenang menghadapi jawapan-jawapan Amanina yang sememangnya mempunyai hati yang sekeras batu. Sebelum Aiman berlalu pergi, Aiman sempat meninggalkan pesan pada Amanina 'Nina, I have to go now. Awak take care ok di KL. Ingat, saya tunggu panggilan dari awak....' belum habis Aiman menhabiskan ayatnya Amanina sudah berlalu pergi. Aiman menjerit dari belakang 'Saya yakin yang awak akan call saya!' Amanina toleh ke belakang dan bertanya 'Awak tak payah nak yakin sangat yang saya akan call awak.' Aiman berjalan ke arah Amanina dan berhenti tepat di depan wajah Amanina. Aiman merenung mata Amanina dan berkata 'Disebabkan saya yakinlah, saya tak minta nombor telefon awak' katanya sambil mengambil mengambil beg baju Amanina dan membawanya ke bas. Hati Amanina semakin berbunga-bunga.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now