Awal pagi lagi, Amanina sudah dikejutkan oleh Mak Jah. 'Ehh, mak nak ke mana dengan beg-beg semua ni?' Mak Jah menjawab 'Mak nak kena balik kampung nina. Ada urusan penting. Mak nak minta izin dengan nina ni. Boleh tak mak balik?' Amanina mengerutkat dahinya dan berkata 'Mak boleh balik tapi dengan satu syarat. Nina kena ikut sekali dengan mak balik kampung' Mak Jah terkejut dengan syarat yang diberikan oleh Amanina. Mak Jah menjawab 'Tapi nina, rumah mak kat kampung tu tak besar mana. Mungkin besar rumah mak tu besar bilik nina ni je. Nina tak kisah?' Amanina menjawab 'Mak, itu syarat nina. Kalau mak tak bagi nina ikut, mak tak boleh balik kampung' kata Amanina mengugut. 'Amboi...ugut mak yee. Iyelaaa, mari sini mak tolong kamu kemas barang' Amanina memeluk Mak Jah sambil berkata 'Thanks Mak!'. 'Mak yang sepatutnya ucap terima kasih dengan kamu, nina' kata Mak Jah sambil mengemas pakaian Amanina. Setelah selesai, mereka menaiki bas.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...