Malam itu, Mak Jah masak makanan kampung. Walaupun Amanina dilahirkan dalam keluarga orang berada tapi entah kenapa dia suka makan makanan orang kampung. 'Tadi nina jumpa kawan. Cantik orangnya' Amanina memberitahu Mak Jah. 'Yee? Amboi sekejap je kat sini dah dapat kawan. Taknak cari buah hati kat sini ke? Apa remaja selalu cakap, couple?' Kata Mak Jah mengusik Amanina. Amanina tersipu malu. 'Ishh mak ni. Ke situ pulak' Mereka makan sambil berbual-bual. Habis berbual, tiba-tiba Amanina perasan sesuatu lalu bertanya kepada Mak Jah yang sedang melipat kain. 'Mak, mak tinggal sorang je ke?' Mak Jah terdiam sejenak lalu duduk di hadapan Amanina. 'Nina, suami mak meninggal waktu kamu berusia 3 tahun. Kami ada mengambil anak angkat yang kini bekerja sebagai pengarah syarikat besar di Langkawi' Amanina terkedu. Dia bagaikan tidak percaya kisah hidup Mak Jah sampai begitu sekali. 'Anak angkat? Mak Jah tak ingin ke ada anak sendiri?' Mak Jah mengeluh 'Sapa yang tak nak anak, nina? Mak dah 4 kali keguguran. Arwah suami mak sentiasa ada untuk mak. Dia meninggal pun sebab dia selamatkan mak dari kemalangan. Diala satu-satunya lelaki yang mak sayang. Diala cinta pertama dan terakhir mak' Mak Jah sudah mula menitiskan air mata. Amanina memeluk Mak Jah. Malam itu, Amanina tidak dapat tidur lena kerana teringat akan kisah Mak Jah. Lelaki? Kenapa perlu ada lelaki dalam hidup perempuan?
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...