NMYT28

597 22 0
                                    

Pagi itu, Aiman dan Amanina berada di halaman rumah. Mereka menyiram pokok bunga yang ada di situ. Amanina kelihatan muram. Aiman menyiram kaki Amanina. 'Ishhhh.. Aimann!' jerit Amanina manja. Aiman mengambil sedikit air dan menyiram muka Amanina pula. Amanina merampas hos yang dipegang oleh Aiman dan menyiram seluruh badan Aiman. Mereka kelihatan seperti orang bercinta. Tiba-tiba kaki mereka tersadung menyebabkan mereka tertindih antara satu sama lain. Amanina yang berada di atas badan Aiman menampar manja pipi Aiman dan Aiman mencuit hidung Amanina. Mereka berdua ke pondok sekali lagi. 'Tak sangka, lelaki yang saya labelkan pembawa malang selama ini adalah lelaki yang pertama yang saya cinta' kata Amanina membuka bicara. 'Saya pula tak sangka yang saya akan jatuh cinta pada perempuan yang menganggap saya pembawa malang' Aiman menjawab. Mereka tergelak. 'Saya akan berjumpa dengan orang tua awak. Saya nak jadikan awak permaisuri hidup saya selama-lamanya. Cukuplah saya hilang awal semasa di Langkawi dulu. Saya taknak kehilangan awak untuk kali kedua' kata Aiman sambil memegang kedua-dua belah tangan Amanina. Amanina mula menitiskan air mata namun cepat tangan Aiman mengelapnya. Amanina sangat terharu. Di tempat yang sama, waktu yang berbeza, sekali lagi Aiman memeluk Amanina. Amanina benar-benar rasa terharu. Mereka pulang ke rumah sambil berpegangan tangan. Kelihatan sebuah kereta hitam Ferrari depan rumah. 'Itu kereta Abang Ik' kata Amanina. Aiman cuba menenangkan Amanina 'Nina awak rileks ok. Saya ada'. Mereka masuk ke dalam rumah dan di situ sudah ada Puan Sri Faridah dan Abang Ik menunggu. Puan Sri Faridah segera mendapatkan Amanina dan berkata dalam nada yang agak sedih,  'Nina, Mak Jah dah ceritakan semuanya. Ibu minta maaf, sayang. Ibu tak sangka yang kamu ambil hati sampai ke tahap ini. Ibu sayang sangat kat kamu. Sewaktu ibu outstation, ibu sentiasa ingat pada nina kata Malaysia. Kamula satu-satunya anak perempuan ibu. Kamulah permata ibu. Kamulah segala-galanya bagi ibu, sayang' Amanina memeluk ibunya. 'Nina pun sayang ibu juga' hanya itu yang mampu Amanina lontarkan. Abang Ik sudah mula mendekatkan diri dengannya, Abang Ik juga memeluk Amanina. Mak Jah dan Aiman hanya mampu tersenyum gembira melihat mereka bertiga berpeluk-pelukan.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now