NMYT4

1.1K 33 0
                                    

'Ibu, ayah. U guys no need to worry ok. Nina pergi kejap je. 3 hari je kan. Everything gonna be fine. I'll take care of myself at there. Abang  Ikh, tengok-tengokkan ibu dan ayah k. Mak Jah, Mak pun jaga diri tau' Amanina mencium tangan mereka untuk kali terakhir. Berat rasa hatinya untuk meninggalkan mereka terutama sekali Mak Jah walaupun cuma 3 hari. Pak Mat, driver mereka menghantar Amanina ke kolej. Pak Mat juga sempat memberi pesan kepada Amanina agar berhati-hati ketika di Langkawi nanti. Amanina berasa sangat dihargai kerana semua orang risau akan dirinya. Di kolej, semua orang telahpun bersedia untuk memulakan perjalanan ke Langkawi. Amanina dan Iza duduk bersebelahan. Mereka tersenyum diantara satu sama lain. Tiba-tiba, terdengar suara Nabil dari belakang 'Nina! Klau ada someone kacau u kat Langkawi nanti, u bgitau I k. Biar I kerjakan dia sampai lumat' katanya sambil ketawa. Dari sebelah kanan pula terdengar Ahmad yang berkata 'Nina, awak hati-hati tau kat sana nanti. Kalau ada masalah, awak boleh cari saya'. Namun seperti biasa, Amanina tetap dengan prinsipnya yang benci akan lelaki. Dia tidak pernah melayan kata-kata lelaki walaupun mereka sudah hampir 3 tahun menduduki kelas yang sama. Pelajar lelaki pula tidak jemu untuk menawan hati Amanina Amirah.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now