NMYT30

645 21 0
                                    

'Seriously, babe?!' kedengaran suara Iza terkejut apabila Amanina menceritakan segala-galanya tentang Aiman Hafrez. Iza menampar pipinya sendiri sambil menyindir Amanina 'Oh my god. Aku mimpi ke ni? Amanina Amirah yang selama ini memegang prinsip benci akan lelaki dan tidak akan tewas kepada cinta akhirnya telah kecundang dengan seorang lelaki yang pernah dilabel pembawa malang' katanya sambil ketawa. 'Kan aku dah kata. Lelaki tak semua sama' sambungnya lagi. Tiba-tiba Amanina menyedari sesuatu. 'Aku rasa, aku pernah nampakla gelang ni. Tapi kat mana yaa?' Katanya sambil memegang pergelangan tangan Ika. Ika tersepi malu. 'Babe.... kau....' Amanina merenung wajah Ika seakan-akan menyuruh Ika berterus-terang. Ika akhirnya mengalah 'Yes. Ni Ik yang bagi. Selama kau ikut Mak Jah balik kampung, kitaorang selalu keluar sama'. Amanina memeluk Ika. 'Aku restu korang kalau korang bercinta. Bolelah awak jadi kakak ipar saya nanti'. Mereka ketawa bersama-sama. Seperti biasa, pelajar yang mendapat markah tertinggi semasa membuat assignment yang telah dihantar sebelum cuti disandang oleh Amanina. Satu kelas sudah dapat menjangka Amanina yang akan mendapat markah tertinggi. Semasa dalam perjalanan pulang, Amanina menunggu di tepi jalan. Tiba-tiba, dua orang lelaki berbaju hitam menarik Amanina masuk ke dalam sebuah van putih. Mereka menutup mulut Amanina menyebabkan Amanina tidak sedarkan diri. Beberapa jam kemudian, Amanina menyedarkan diri dan mendapati dirinya dikurung di dalam sebuah bilik yang usang. Tangan dan kakinya diikat dengan ketat. Amanina mula menangis kerana takut. Seorang lelaki muncul dari belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu Amanina sambil berkata 'Amanina Amirah Binti Tan Sri Omar Baharudin. Berani kau menolak aku. Kau tak mahu bertunang dengan aku yaa?!' Amanina seakan-akan dapat mengenal pasti siapakah dalang semua ini. 'Sial! Lelaki tak guna! Kau lepaskan aku! Aku tak cintakan kau laa! Dan jangan harap aku akan bertunang dengan lelaki macam kau laa!' Amanina memberanikan diri memarahi Syafiq. Syafiq menampar muka Amanina dan menarik rambut Amanina sambil berkata 'Hei perempuan! Kau ingat aku tak tahu kenapa kau tolak cinta aku?! Ini semua sebab budak Aiman tu kan?! Apa bezanya aku jika dibandingkan dengan dia? Dia cuma anak orang gaji kau?' katanya sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Amanina. Amanina meludah wajah Syafiq dan menjawab 'You are cheap. He's not'. Syafiq menolak kepala Amanina dan segera meninggalkan bilik itu. Amanina melihat sekeliling bilik itu. Dia tunduk menangis.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now