Malam itu, Amanina bersendiri di pondok luar rumah. Dia melihat screen telefon bimbitnya. 'Malangnya nasib aku. Dah 2 hari aku kat sini, message pun takda dari ibu dan ayah' keluh Amanina. 'Hacuummm!' Amanina menggosok-gosok lengannya. Tiba-tiba sehelai jaket berwarna hitam meliputi tubuh belakang Amanina. 'Angin malam kat kampung tak sama dengan angin malam kat bandar tu' kata Aiman sambil mengambil posisi di sebelah Amanina. Amanina hanya diam. 'Kenapa tak tidur lagi?' tanya Aiman. 'Suka hati sayalah nak tidur ke tak nak tidur ke' jawab Amanina kasar. 'Saya tanya je. Takpayahla nak marah' jawab Aiman lembut. Amanina hanya diam. 'Awak orang kaya, bapa Tan Sri, mak Puan Sri tapi duduk kampung. Kenapa ye?' Aiman bertanya lagi. 'Kenapa? Ada masalah?' jawab Amanina tanpa melihat muka Aiman. 'Tak manisla perempuan cakap kasar-kasar. Nanti takda lelaki sangkut' sindir Aiman. 'Alhamdulillah kalau takda lelaki yang suka saya' jawab Amanina sambil senyum. Aiman semakin hairan. 'Kenapa pula?' Amanina merenung Aiman dan berkata 'I hate boys'. Amanina berlaku pergi meninggalkan Aiman sendiri. Kedengaran Aiman berkata dari belakang, 'Saya yakin awak akan suka dengan saya' Amanina menoleh belakang dan menjeling Aiman. Aiman hanya tergelak kecil sambil berkata 'Goodnight princess' Amanina tersenyum kecil tanpa menoleh ke belakang.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...