Seharian Amanina berkurung dalam bilik. Mak Jah dan Aiman sangat risau. 'Nina, mak ni. Bukalah nak pintu ni. Dari tadi pagi nina tak keluar dari bilik. Mak risau. Aiman pun risau' Mak Jah cuba memujuk Amanina namun tiada apa yang berlaku. Jam sudah menunjukkan 7 suku. Malam itu hujan turun dengan lebatnya seakan-akan mengetahui isi hati Amanina. Amanina masih tidak membuka pintu. Aiman yang semakin risau menghampas bahunya ke pintu bilik dan pintu bilik terbuka. Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat Amanina yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Aiman segera mengangkat Amanina ke atas katil. Mak Jah memanggil nama Amanina berkali-kali. Mak Jah menyemburkan air sedikit demi sedikit ke muka Amanina. Selang beberapa minit Amanina sedar. Sebaik sahaja sedar dari pengsan, Amanina segera memeluk Mak Jah. Mak Jah mengusap rambut Amanina. 'Sabar sayang. Semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Ingat kata mak, kita perempuan sudah diciptakan berpasangan dengan seorang lelaki seperti Nabi Adam dengan Hawa, Nabi Yusuf dengan Zulaikha serta Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah' Amanina menjawab 'Tapi mak, nina cintakan orang lain. Orang tu... orang tu telah membuat nina tewas dengan prinsip nina yang nina pegang hampir 9 tahun. Nina...nina cintakan dia' Mak Jah terkejut dengan pengakuan Amanina. Begitu juga dengan Aiman. Mak Jah bertanya 'Sapa lelaki tersebut itu, nak?' Amanina memandang Aiman. Aiman semakin terkejut. 'Alhamdulillahh....' Mak Jah mencium dahi Amanina. Aiman tersenyum gembira. Malam itu, Aiman tidur dengan perasaan yang sangat gembira dan bersyukur kerana doanya selama ini termakbul. Akan tetapi, bolehkah Tan Sri menerima dirinya?
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...