Malam itu, keadaan rumah Tan Sri sangat karau. Puan Sri Faridah yang sedang menangis ditenangkan oleh Mak Jah yang juga tidak dapat menahan air mata. Tan Sei Omar sedang berbincang dengan pihak polis. Aiman, Ik dan Iza mencari Amanina di merata tempat. Mereka semua sangat risau akan keadaan Amanina sekarang. Masing-masing melihat sekeliling dengan teliti. Aiman memandu perlahan-lahan supaya tidak terlepas pandang walaupun sikit. Jam telah menunjukkan 1:30 pagi. Masing-masing bertanyakan kepada Aiman, Iza dan Ik sekiranya dapat membawa balik Amanina. Namun, riak wajah mereka sendiri pun sudah memberi jawapan kepada soalan, harapan orang di rumah itu. Ik menghantar Iza balik. 'Iza harap abang boleh sabar dengan dugaan ni. Kita cari Amanina sama-sama ok' katanya sambil melihat Ik. Ik memegang tangan Ika 'Thank you, sayang'. Iza menepuk tangan Ik sambil tersenyum. Dia sendiri sedih akan kehilangan kawannya karibnya itu. Malam itu, Aiman tidak boleh tidur nyenyak. Dia menghabiskan masanya di halaman rumah. Dia terimbas kembali kenangannya bersama Amanina sewaktu di pondok di kampung dulu. Dia sangat rindukan Amanina. 'Tak tidur lagi, Aiman?' Tan Sri menegurnya dari belakang. Aiman terus bangun dan menjawab 'Ehh Tuan...' belum habis Aiman menghabiskan ayatnya Tan Sri menepuk bahu Aiman dan menjemputnya duduk. 'Takpayah la nak bertuan-tuan dengan saya. Panggil uncle je' kata Tan Sri. Aiman hanya tersenyum. 'Uncle tahu, Aiman dan Nina sayang antara satu sama lain. Uncle dah bincang dengan keluarga Syafiq agar pertunangannya dengan Nina dibatalkan. Tapi uncle tak sangka begini pula jadinya' Aiman menenangkan Tan Sri Omar. 'Uncle, sekarang ada baiknya kita buat solat hajat. Kita berdoa agar Nina baik-baik saja. Doa ayah tu mujarab. Yaa, saya mengaku saya sangat cinta dan sayangkan Nina. Setiap malam saya berdoa agar kami disatukan. Alhamdulillah, doa saya termakbul'. Tan Sri Omar mula insaf setelah mendengar nasihat daripada Aiman. Sejak malam itu, mereka berlima sentiasa menunaikan solat. Tan Sri Omar, Puan Sri Faridah dan Ik bersyukur kerana Amanina dipertemukan dengan seorang lelaki seperti Aiman walaupun dia dilabel oleh Amanina sebagai 'pembawa malang'.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...