Malam itu, majlis perkahwinan Aiman dan Amanina diraikan dengan gilang-gemilang. Jika Ik dan Iza memilih konsep Rose Garden sebagai tema perkahwinan namun Amanina dan Aiman memilih konsep Black and White sebagai tema perkahwinan mereka malam itu. Raja sehari tiba dengan mengenakan busana dari tajaan Vida Collection. Lagu All Of Me nyanyian John Legend dimainkan sebaik saja pintu utama dibuka. Aiman dan Amanina kelihatan berseri-seri. Mereka duduk di atas pelamin. Setelah selesai sesi bergambar dengan ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan tetamu mereka memulakan pula upacara memotong kek. Malam itu adalah malam yang paling indah dalam hidup Amanina. Setelah semuanya selesai, tetamu sudah bersurai. Mereka pulang ke rumah bersama-sama. Setelah selesai membersihkan diri. Ik dan Iza dipanggil ke ruang tamu begitu juga Amanina dan Aiman. Mereka dipanggil oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Faridah. Mak Jah juga turut ikut berkumpul. 'Memandangkan kedua-dua anak ayah dan ibu telah berkahwin, sudah semestinya kamu hendakkan privacy, right? Di sini ada dua gugus kunci rumah. Ik dan Nina boleh pilih. Kunci yang kamu dapat itu adalah rumah kamu yang arwah datuk kamu hadiahkan kepada kamu berdua sekiranya kamu sudah berumah tangga. Pendek kata, kamu akan tinggal di rumah masing-masing' Alangkah terkejutnya mereka berempat apabila Tan Sri memberi mereka rumah. Selain itu, Aiman juga diambil bekerja di syarikat ayah sebagai naib pengerusi. Manakala, Ik pula akan meneruskan kerjanya sebagai pilot. Amanina dan Iza pula akan membuka sebuah gallery dimana mereka akan memaparkan gambar-gambar yang selama ini mereka ambil. Itu adalah impian mereka seja menduduki kolej lagi. Tan Sri, Puan Sri dan Mak Jah berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh anak-anak mereka.

YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...