Azan Isyak sudah berkumandang. Mak Jah dan Aiman mendirikan solat isyak. Amanina hanya melihat dari pintu biliknya. 'Adakah kerana aku jarang solat hidup aku sentiasa malang? Atau mungkin aku yang tidak sedar ada terselit kebahagiaan di dalam nasib yang malang itu?' Bisiknya dalam hati. Amanina sudah lama tidak mendirikan solat, bukan hanya solat malah telekungnya sendiri dia sudah lupa di mana. Hati Amanina berdegup kencang apabila mendengar Aiman membaca Surah Al-Fatihah. 'Adakah aku sudah tewas dengan cinta?' Bisiknya lagi. Beberapa minit kemudian, mereka telah pun selesai mendirikan solat. Aiman menoleh ke belakang untuk mencium tangan Mak Jah. Aiman ternampak Amanina di pintu bilik dan memberi isyarat kepada Mak Jah juga agar menoleh ke belakang. 'Ehhh nina. Kenapa kat situ? Mari sini' Mak Jah memanggil Amanina dengan lembut. Amanina segera memeluk Mak Jah. Mak Jah dengan Aiman melihat antara satu sama lain. 'Selama ni hidup nina tak indah seperti apa yang orang lain sangka. Hidup nina malang. Family nina tak sayang nina. Hidup nina sunyi' Amanina menangis teresak-esak. Aiman hanya tertunduk tak terkata. Berat rasanya dia hendak melihat wanita pertama yang dia cintai menangis. Malam itu, Amanina ke pondok seorang diri. Dia menangis semahu-mahunya. 'Nina...' Aiman menegurnya dari belakang. 'Hidup ni seperti air sungai juga. Ia akan tetap mengalir walaupun ada batu-batu menghalangnya. Awak kena tahu, ibu awaklah yang mengandungkan awak. Ayah awakla yang mencari rezeki siang dan malam untuk awak. Abang awakla yang jaga awak ketika awak sakit. Awak seharusnya bersyukur, sekurang-kurangnya awak dapat merasa kasih sayang ibu bapa kandung sendiri. Nina, mak bapa saya meninggal ketika saya berusia dua tahun. Saya tak pernah sentuh, cium tangan kedua ibu bapa saya' Aiman membuka cerita tentang kisah hidupnya. Amanina bangun dari tempat duduknya dan mendekati Aiman. 'Saya sedih...' katanya sambil menangis teresak-esak. Melihat Amanina menangis seperti itu, Aiman segera memeluk Amanina. Aiman meletakkan kepala Amanina di dadanya sambil mengusap rambut Amanina lembut.
YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...