NMYT2

1.8K 39 0
                                    

Tepat jam 2 petang,
Amanina sudah berada di halaman rumahnya. Mak Jah telah menyiapkan makan tengahari. Amanina lebih suka makan masakan Mak Jah berbanding makan di restoran luar. Semasa Mak Jah ingin ke dapur, Amanina berkata 'Mak, marilah teman nina makan' sambil bangun dan menarik kerusi untuk Mak Jah duduk. Amanina telah menganggap Mak Jah sebagai ibunya. Setelah selesai makan, Amanina menolong Mak Jah mengemas. Setelah itu, Amanina masuk ke bilik untuk berehat. Malam itu, orang tua Amanina berada di ruma namun telefon bimbit mereka tidak perna putus-putus menerima panggilan. Mereka ada atau tiada di rumah tiada bezanya bagi Amanina. Dia menyampaikan salam abangnya yang ketika itu berasa di Los Angeles dan akan pulang ke Malaysia esok pagi. Amanina mencari Mak Jah. Mak Jah sedang duduk di halaman rumah. Amanina memeluk Mak Jah dari belakang. 'Eh, nina tak tidur lagi?' Amanina duduk di sebelah Mak Jah sambil baring di bahu Mak Jah dan menjawab 'Esok class nina petang' Mak Jah membelai rambut Amanina yang berwarna perang itu dan mereka pun berbual-bual sehinggalah Amanina membuat keputusan untuk tidur di bilik Mak Jah malam itu.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now