Tepat jam 3 pagi, Amanina belum lagi tidur. Kedengaran bunyi bising di luar rumah. Amanina berasa cemas. Dia membuka pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Aiman Hafrez sedang berdiri di hadapannya. Amanina segera memeluk Aiman. 'Awak ok? Ada luka? Dia ada sentuh awak tak?' Tanya Aiman sambil mengusap rambut Amanina. 'Saya takut. Saya nak keluar dari tempat ni' jawab Amanina sambil menangis. Aiman membawa Amanina keluar. Ahli keluarganya yang lain sedang menunggunya. Amanina berlari anak ke arah mereka dan memeluk ayah dan ibunya. Ik dan Iza juga ada ketika itu. Pihak polis telah memberkas Syafiq dan kawan-kawannya. Setelah sampai di rumah, Iz dan Iza mengumumkan berita gembira. 'Ibu, ayah. Ik nak bagitahu, Ik dan Iza dah bersetuju nak kahwin'. Keadaan rumah itu kembali ceria malah lebih ceria apabila Iz membuka bicara. 'Dah jumpa family Iza ke?' Tan Sri bertanya pada Ik. 'Insha allah, lusa Iz akan ke rumah mereka. Lagipun, parents Iza dah tau tentang hubungan kami. Kalau dulu, parents Iza menerima Iz sebagai kawan dalam hidup Iza, Iz harap parents Iza akan menerima Iz sebagai menantu pula lepas ni' jawab Iz sambil memandang Iza yang duduk bersebelahan dengan Amanina. Iza hanya tersenyum malu sambil diusik oleh Amanina. 'Lepas kami kahwin nanti, Aiman dan Amanina takpayah la nak tunggu lama-lama lagi. Tunang pun takpayah lama sangat' Amanina pula diusik oleh Ik. 'Ishh abang ni. Abang tu taklama lagi nak kahwin dengan kawan baik adik tau. Pastikan abang jaga Iza ni baik-baik. Kalau abang buat hal, adik tak teragak-agak tau nak kerjakan abang' jawab Amanina. 'Amboi dik, dah cukup kuat ke nak kerjakan abang?' Kata Iz. 'Ayah dan ibu setuju kalau anak-anak ayah dan ibu ni kahwin dengan sesiapa sahaja. Asalkan, kamu berdua bahagia'. Pandangan Amanina beralih pada Aiman. Aiman hanya tersenyum melihat Amanina. Malam itu, Iza tidur di bilik Amanina. Mereka masing-masing mempunyai perasaan yang sama. Mereka tidur dengan nyenyak malam itu.

YOU ARE READING
Nasib Malang Yang Terindah
RomanceCinta? Amanina Amirah tidak pernah mengenali cinta dan tidak ingin mengetahui definisi cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Namun, sesuatu telah berlaku ke atas dirinya semasa berada di Langkawi. Di mana dia telah bertemu dengan seorang lelak...