Pihak Lelaki :
Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri taman
Besarnya hajat tidak terkira
Ingin memetik bunga ditaman.
Pihak perempuan :
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak memyunting bunga di taman
Sudahkah cukup syarat dan kira?
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!
Pihak Lelaki:
Bunga cantik hiasan laman
Bunga sena penghias bicara
Tentulah pemuda nak jadi idaman
Orang tua si pengatur bicara.
Kalau padi katalah padi
Tidaklah kami tertampi tampi
Kalau sudi katalah sudi
Tidaklah kami ternanti nanti.
Pihak perempuan :
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji.
Maka termenterailah pinangan seorang kumbang untuk sekuntum bunga.
Datin Maria mengambil cincin yang berada di atas dulang sambil dipegang Puan Ani, Mama Mimi lalu disarungkan kepada Mimi yang anggun berbaju kurung moden putih.
Aku memandang jariku yang sudah bertanda. Aku angkat wajah memandang wajah mama yang berseri seri. Dipaling pula pada wajah gembira Datin Maria. Ku cuba ukir senyuman semanis mungkin untuk ditatap umum agar tidak keterlaluan muka ketatku.
"Seronoknya mummy nak dapat menantu. Tak sabar dah rasanya Ani." Ujar Datin Maria lantas memelukku.
"Yelah kak. Saya pun dah tak sabar nak timbang cucu." Puan Ani sudah semakin teruja.
Aduhhh... parah macam ni. Hishhh. Menantu? Bolehlah, sebab memang dia akan jadi menantu Datin Maria juga nanti. Tapi.. Cucu? Erkkkk... Yekss dia belum bersedia.!
"Udah udahlah tu duk usik bakal pengantin tu. Meh kita pergi sembang kat depan. Bagi peluang kat cik abang dia pulak nak mendekatnya. Awak ni pun tak faham faham" Dato Hisyam mengusik lantas menarik isterinya ke ruangan hadapan untuk bersembang dengan keluarga bakal besannya.
Aku hanya menunduk. Sumpah rasa jangal gila duduk dalam situasi macam ni. Kena kawin dengan orang yang aku kenal tak sampai sebulan. Tut tut dah nak kawin.
"Hai sweetheart " Harraz menyapa lembut.
Aku mengangkat kepala memandang si punya suara walau aku dah tahu siapa. Terpana aku melihat mata indahnya. Mata bundar yang comel gila. Rasa nak cium cium je mata tu.
Choiiii.... apa aku melalut sangat ni. Behave Mimi. Behave.!
"Handsome sangat ke saya sayang?" Harraz tersengih lantas mengenyitkan matanya. Aku terpaku melihat matanya yang menyenget.
Whatt.. dia perasan aku pandang dia lama?? Puihhh malu doh.
"Ma.mana a.." Aku tergagap
Cluppp....
Haraz mencium bibirku lembut. Lama pulak tu.
Harraz tersenyum lebar saat melepaskan bibirku yang tergendala bicaranya.
"A.aadaa " aku kembali menyambung ayatku habis.
Muka ku terasa membahang. Amboi. Beraninya mamat ni cium aku time cenghini?
Mata ku liar memandang sekeliling. Bimbang jika ada yang ternampak aksi tak malu Harraz tadi. Nampak sangat playboy penggoda!
"Apa Boss ni. Kita belum kawin lagilah. Sabar lah sikit." Aku mendengus. Sesuka hati dia je nak sentuh anak dara orang.
"Oh. Kiranya nanti dah kawin saya dapat lah? " Harraz tersenyum nakal.
"Dapat apa?" Aku memyoal lurus.
ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...
