5 : Surprise

154K 1.5K 24
                                        


Lamborghini merah tu Tengku Harraz punya kay.

************************************

"Morning Boss" Sapa Mimi. Memang rutin hariannya menyapa Boss hensemnya selama hampir sebulan dia bekerja disini.

Seperti biasa sapaanya hanya dipandang sekilas oleh Boss. Dia juga sudah terbiasa dengan sikap Bossnya yang kekadang okey kekadang macam pompuan PMS.

"Mimi ikut saya." Ujar Harraz lalu berlalu keluar menuju ke lif.

Aku terkejut mendengar suaranya yang tiba tiba lalu memonong mengikut langkah kaki Boss hensemnya itu. Aduhhh.. kali aku yang panjang ni pun naik lenguh dek ikut langkah kakinya yang laju menuju ke kereta.

Woww.. aku terganga melihat kereta mewahnya. Lamborghini Merah. Cantiknya! Sangat sesuai kereta mewah itu dengan Harraz yang sememangnya serba mewah itu.

Aku terkial kial tidak tahu cara membuka pintu kereta mewah tersebut.

Adoiii.. tulah mewah sangat keretanya sampai nak bukak pintu pun aku tak reti.

Tiba tiba pintu kereta itu terbuka dengan sendirinya. Aku terlopong. Wow.!

"Woi.cepat lah masuk.!" Tegas suara Harraz.

"Erk.! Ye. Ye. " nak tercekik aku dibuatnya. Laju aku menapak masuk dalam kereta mewah itu. Setelah itu kereta itu mengaum laju.

Fuhh... nak tercabut jantung aku. Mamat ni naik kereta macam pelesit. Hoi cik abang. Tau lah kereta awak ni speed turbo. Tapi pikir pikir lah anak dara orang sebelah ni. Kalau sendiri takpe lah nak naik sampai tercabut gear tu. Erk? Gear ke. Arhh lantaklah aku tak ambil tahu pasal kereta mewah macam ni.

Aku pejam mata sepanjang naik kereta dengan Harraz yang serupa orang lumba litar one. Buka je mata aku terus terlihat sebuah banglo besar di hadapan pemandanganku.

Aikk.. rumah siapa pulak ini? Kenapa Harraz bawak aku datang rumah banglo mewah ini? Hai. Untunglah jadi Harraz. Semua yang ada pada dia. Semua yang mewah mewah je.

"Tak nak turun ke?" Aku memandang Harraz yang sudah berada di luar kereta sambil memegang pintuku. Mungkin dia yang membuka pintu kereta sebelahku tadi kot. huishh kuatnya aku mengelamun.!

"Dah sampai ke?" Aku bertanya bendul.

"Cik Mini sayang. Kan kita dah sampai ni. Tak nampak ke saya dah bukak pintu untuk cik Mimi sayang ni?" Harraz berkata lembut.

Aku tak pasti sama ada dia ingin memerli aku atau tidak. Tapi dari tone suaranya sudah membuatkan jantung aku bagai nak luruh. Lunak suaranya membuat aku menjadi ketar lutut.

"Amboi Boss nak perli tu terus terang jelah. Tak payah buat suara macam tu. Nantikan perasaan pulak Boss syok kat saya." Aku menjawab berani. Bila terpikir balik rasa nak tampar mulut ni pun ada. Berani aku menjawab macam tu.

"Kenapa? Cik Mimi sayang tergoda dengan saya ke?" Harraz bertanya mengoda sambil mengenyitkan matanya.

Mukaku terasa membahang. Tulah kerana mulut badan binasa kata orang tua dulu dulu.

"Eh. Cik Mimi sayang blushing la." Harraz mengusik sambil mengelus pipiku yang kemerahan itu. Bertambah rona di mukaku saat tangan hangatnya bersentuhan dengan muka gebuku.

"Blushing macam ni buat saya rasa nak gigit. " Harraz bersuara nakal sambil mencubit pipiku lembut.

"Auchh.. sakitlah Boss." Aku mengosok pipiku yang semakin memerah dek cubitannya itu.

"Kat sini cik Mimi sayang jangan panggil saya Boss. Panggil Harraz. Faham? Nak panggil abang pun boleh." Harraz bersuara nakal di hujung ayatnya.

"Tapi kenapa? Habis yang Boss duk panggil saya Cik Mimi errkkk.... mmmm. " aku mengigit bibir. Rasa malu pulak nak sambung ayat aku tuh. Kang ingat aku perasan pulak.

"Cik Mimi apa? " Harraz menjongket kening sambil tersenyum nakal.

"Emm..." aku mengetap bibir.

"Jangat buat bibir macam tu sayang. Saya melting. Kang tak pasal bibir awak bengkak " Harraz ketawa nakal.

Entah kenapa aku rasa hari ini Harraz terlebih sikap. So Noughty.Tersampuk barangkali. So different like before in office.

"Hishhh.. mengadalah Boss ni. Kenapa bawak saya datang sini?" Aku malas nak layan ulat bulu Harraz yang semakin lama semakin naik daun.

"Don't call me Boss in here. Do you get it?" Harraz bersuara tegas.

"Fine. But, what we are doing here.?" Aku mengalah. Malas nak bertengkak dengan Harraz ni. Buat habis air liur je bukan menang aku pun.

"Surprise" Harraz menjawab lantas menarik tanganku keluar dari kereta. Aku mengikut langkahnya yang menuju ke pintu besar bunglo mewah itu.

Mulutku terlopong melihat satu lagi kemewahan yang dikelilinggi Harraz. Btw. Like me say. Berkaitan dengan Harraz semua mewah mewah. Pasti bakal isteri pun mewah Dan cantik jelita jugak .

Hurm. Untunglah siapa yang dapat mendampingi Harraz yang serba mewah itu.

Dekorasi didalam rumah itu sudah cukup menyatakan bahawa penghuni didalam rumah ini sangat bercitarasa mewah dan elegant. Susun atur perabotnya tersangatlah cantik.Dua pasu bunga besar yang berada tepi pintu yang diibaratkan sebagai pengapit itu sangat memukau matanya. Bunga rose dicampur dengar lavendar menghasilkan bau yang sangat mengasyikkan. Aku memang seorang pengemar bunga, lebih lebih lagi bunga hidup yang segar macam dalam pasu bunga tu.

Sedang asyik dia menghidu bau bunga segar itu dia terperasan susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Lantas dia mengangkat muka. Berderau darahnya saat terpandangkan seorang wanita agak berumur sedang memerhatinya tajam.

Siapa pulak wanita ini? Namun saat dia terpandang Dato Hisyam berdiri tegak disebelah Harraz sambil memerhati dirinya barulah dia mengerti. Wanita ini mungkin isteri kepada Dato Hasyim dan juga Mummy Harraz.

Mengerti akan semua itu. Aku rasa nak tercekik pun ada. Apesal Harraz bawak aku datang jumpa Mummy dengan Daddy dia?

"Assalamualaikum Datin. Dato " aku tunduk mengalami tangan wanita berumur lingkungan 50an tidak silapku. Cuma wanita ini sangat bergaya orangnya. Aku juga tunduk hormat kepada Daddy Harraz yang memerhati aku dari jauh.

"Waalaikumussalam. Dah lama sampai. Siapa nama kamu? " Datin Maria bertanya lembut.

"Ba.baru je sampai Datin. Nama saya Mimi. Mimi Adelia." Aku menjawab gugup. Fuhhh.. cuak jugak aku dibuatnya.

"Oh Mimi. Eh jemput lah duduk. Sembang kat sini pulak.". Ujar Datin Maria mesra lantas menarik tanganku duduk di sofa yang empuk lagi mewah itu.

"Kamu tak kerja ke hari ni Raz." Soal Datin Maria kepada anaknya.

"Kerja. Saja ambik off. Raz kan Boss." Selamba Harraz berkata sambil mulutnya disumbat kuih yang disediakan bibik.

"Amboi kamu ni. Mentang mentang jadi Boss. Suka suki kamu aje ye nak on off kerja." Bebel Datin Maria.

"Alah mummy ni. Raz off pun bukan apa. Pasal mummy jugak. Kan sayang.?" Harraz memandang aku sambil tersenyum gatal.

Aku tersedak ketika mendengar Harraz memanggil aku sayang di hadapan orang tuanya. Nasib baik aku tak minum air. Kalu tak mahu aku sembur muka Harraz dengan fresh oren ni. Aku rasakan darah merah menyerbu ke mukaku. Malu do Harraz panggil camtu depan mak bapak dia.!

Mamat ni pun satu, apesal yang hari over mesra sangat dengan aku. Selalu muka aku pun tak nak pandang.

"Oh. Jadi inilah calonnya Raz?" Datin Maria mengangguk mengerti lantas tersenyum lebar.

"Ye Mummy. Kenalkan ini bakal isteri Raz " ujar Raz sambil memaut bahuku.

Aku melopong.. Whattt the hell.! Suprise apakah ini?? DAMN.!

**********************************
Lol. Suka suki aje cakap Mimi bakal isteri dia Harraz nih.. hahahahha
Kalau korang. Korang rasa camne?
Sukakan? Yelah. Boss.Hensem.kaya pulak tu. Piiweettt... hahaha
Sorry for typo. BTW. Thanks for voted and komen. I'm so appreciate it. Love u guy muahhhhh.😘
See later....


Please.Touch Me!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang